Kadar harga terkini bayaran zakat fitrah 2019 seluruh negeri di Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:33 AM

Bulan Ramadhan wajib dilunasi dengan memberikan sedikit harta kekayaan yang dimiliki menerusi pemberian zakat fitrah kepada orang miskin yang hakikatnya sentiasa merasai keperitan.

Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan. Waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah dihukum harus bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.

Pembayaran Zakat Fitrah lebih sesuai dilakukan sepanjang Ramadan kerana kesibukan seseorang mungkin menyebabkan mereka tidak sempat menunaikannya atau terlupa menunaikannya.

Apabila berpuasa, maka umat Islam dididik untuk menghayati erti kesusahan, kelaparan dan menginsafi kehidupan. Zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan dan erti kelaparan itu.

Zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa. Sekiranya seseorang itu terlupa, maka hendaklah segera menunaikannya walaupun sudah terlepas waktunya dan memohon ampun kepada Allah SWT diatas kelalaiannya.

Kadar zakat fitrah biasanya ditetapkan pihak berkuasa agama menjelang Ramadan dan ia kadangkala berbeza mengikut negeri kerana kaedah penentuan dibuat menerusi gred beras untuk sesuatu masa.

Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2019 bersamaan 1440 Hijrah seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH SELURUH NEGERI DI MALAYSIA TAHUN 2019/1440H
Negeri20192018
 PerlisRM7.00RM7.00
 KedahRM7.00RM7.00
 Pulau PinangRM7.00RM7.00
 PerakRM7.00RM7.00
 SelangorRM7.00RM7.00
 N.SembilanRM6.50RM6.50
 MelakaRM6.70RM6.70
 JohorRM7.00RM7.00
 PahangRM7.00RM7.00
 TerengganuRM7.00RM7.00
 KelantanRM7.00RM7.00
 SarawakRM7.00RM7.00
 SabahRM7.00RM7.00
 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
 Putrajaya
 Labuan
RM7.00RM7.00