Siaran langsung Kedah vs MIFA 26 Ogos 2018 Piala Malaysia uPM4

Keputusan Kedah lwn MIFA Piala Malaysia 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 01:07 AM

Aksi peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan keempat dengan menyaksikan perlawanan ke-4 (uPM4) pada malam ini turut membabitkan pasukan MIFA menentang Kedah bagi perlawanan kumpulan C yang dijadual berlangsung pada hari Ahad, 26 Ogos 2018.

Pertemuan saingan Piala Malaysia 2018 kumpulan C membabitkan MIFA dan Kedah sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong skuad Lang Merah terutamanya yang mengharapkan Kedah dapat menyajikan aksi perlawanan terbaik dan melakar kemenangan.

Kedah dan MIFA sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan masing-masing untuk meraih kemenangan bagi merebut 3 mata berharga dalam saingan peringkat kumpulan C Piala Malaysia 2018.

Perlawanan ini diibaratkan misi ‘hidup mati’ buat pasukan Kedah kerana hanya kemenangan keatas MIFA saja dapat mencerahkan peluang sebagai persediaan ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2018.

MIFA pastinya turun dengan semangat yang tinggi dengan misi menebus kekalahan keatas Kedah tempoh hari.

Berdasarkan kedudukan carta kumpulan C setakat tiga perlawanan sebelum ini, Kedah berada di tangga tercorot dengan empat mata manakala MIFA pula berada di kedudukan kedua selepas mengutip enam mata.

Pertembungan ini akan menjadi medium kebangkitan oleh pasukan Kedah dan sudah tentu menjadi tumpuan kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh Kedah dan MIFA.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS MIFA 26.8.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (uPM4)
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan ke-4 melibatkan pasukan MIFA melawan Kedah berlangsung pada hari Ahad bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-4 kumpulan C Unifi Piala Malaysia 2018 (uPM4) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Kedah lawan (lwn) MIFA.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
MIFA22Kedah
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Penjaring GolKumpulan CPenjaring Gol
52′ Imam Seydi
82′
Sandro 31′
Halim Saari 56′