Siaran langsung keputusan Kedah vs PKNP FC 2 Februari 2019 Liga Super

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 06:11 AM

Skuad Lang Merah, Kedah dan pasukan kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) masing-masing memulakan saingan Liga Super Malaysia musim 2019 dalam perlawanan saingan minggu pertama (LS1) yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 2 Februari 2019.

Pertemuan Liga Super membabitkan PKNP FC dan Kedah sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit selain mahu melihat keberkesanan percaturan barisan pemain oleh jurulatih.

Kelebihan awal bagi aksi ini kepada PKNP FC yang bermain di gelanggang sendiri sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan dengan harapan dapat menambah 3 mata pertama dalam carta Liga Super 2019.

Kedah selaku pasukan pelawat, mereka pastinya tidak gentar untuk berdepan PKNP FC yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan PKNP FC yang mampu mencipta kejutan.

Bagi skuad Lang Merah, berdepan PKNP FC bukanlah satu perlawanan mudah selain menjangkakan tentangan hebat bakal diberikan pihak lawan.

Ini bukan satu perlawanan mudah untuk Kedah yang hadir sebagai ‘underdog’ kerana PKNP FC sudah dikenali memiliki pemain muda yang berjiwa kental tambahan pula mereka beraksi di tempat sendiri dalam perlawanan pertama.

KEPUTUSAN LANGSUNG KEDAH VS PKNP FC LIGA SUPER 2019

Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan pertama Liga Super Malaysia 2019 (LS1) membabitkan pasukan Kedah lawan (lwn) PKNP FC yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI KEDAH VS PKNP FC 2.2.2019 LIGA SUPER
Aksi Liga Super minggu pertama (LS 1) melibatkan pasukan PKNP FC melawan Kedah berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
PKNP FC02Kedah
Stadium Majlis Perbandaran Manjung
Penjaring GolPenjaring Gol
Shakir Hamzah 66′
Jonatan Bauman 87′
INFO BERKAITAN
Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan