Siaran langsung Kelantan vs MIFA 31 Ogos 2018 Piala Malaysia uPM5

Keputusan Kelantan lwn MIFA Piala Malaysia 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 09:20 PM

Aksi peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan kelima dengan menyaksikan perlawanan ke-5 (uPM5) turut membabitkan pasukan Kelantan menentang MIFA bagi perlawanan kumpulan C yang dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 31 Ogos 2018.

Pertemuan saingan Piala Malaysia 2018 kumpulan C membabitkan Kelantan dan MIFA sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan terbaik dan sengit.

Kelantan sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat mengutip 3 mata berharga dalam saingan peringkat kumpulan C Piala Malaysia 2018.

Sementara itu, perlawanan ini diibaratkan misi ‘hidup mati’ buat pasukan Kelantan kerana hanya kemenangan keatas MIFA sahaja dapat menghidupkan kembali peluang untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2018.

Berdasarkan kedudukan carta kumpulan C setakat empat perlawanan sebelum ini, Kelantan berada di tangga tercorot dengan 4 mata manakala MIFA pula selaku pendahulu kumpulan dengan kutipan 7 mata.

Pertembungan ini akan menjadi pentas kebangkitan oleh pasukan Kelantan dan sudah tentu menjadi tumpuan kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh Kelantan mahupun MIFA.

KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS MIFA 31.8.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (uPM5)
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan kelima melibatkan pasukan Kelantan melawan MIFA berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan kelima kumpulan C saingan Unifi Piala Malaysia 2018 (uPM5) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Kelantan lawan (lwn) MIFA.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Kelantan00MIFA
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Penjaring GolKumpulan CPenjaring Gol