Siaran langsung Kelantan vs Sabah 29 September 2018 Piala Malaysia suku akhir 2

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:40 AM

Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan suku akhir sambil menyaksikan perlawanan timbal balik membabitkan pasukan Sabah menentang Kelantan bagi aksi suku akhir kedua (2) telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 29 September 2018.

Pertemuan saingan suku akhir Piala Malaysia 2018 di antara Kelantan dan Sabah sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit.

Sabah sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan jaringan gol di tempat lawan selain dengan beraksi di laman sendiri untuk mengatasi defisit aggregate gol yang dimiliki oleh pasukan Kelantan selepas mereka tewas 2-1 ketika aksi suku akhir pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu

Kelantan selaku pasukan pelawat, hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan atau mempertahankan kelebihan aggregate sedia ada bagi melayakkan pasukan mereka ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2018.

Perlawanan ini sudah tentu menjadi tumpuan oleh penyokong masing-masing kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh Sabah mahupun Kelantan.

KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS SABAH 29.9.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (Suku Akhir 2)
Perlawanan suku akhir 2 saingan Unifi Piala Malaysia 2018 melibatkan pasukan Sabah melawan Kelantan berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 8:15 malam bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini aksi suku akhir 2 Unifi Piala Malaysia 2018 di antara Kelantan melawan (lwn) Sabah yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh perlawanan.
HomeMasa PenuhAway
Sabah10Kelantan
Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Penjaring GolSuku Akhir 2Penjaring Gol
32′ Rodoljub
PasukanAggregatePasukan
Sabah22Kelantan
Sabah layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2018 berdasarkan kelebihan jaringan gol di tempat lawan.