Menu Atas

Siaran langsung keputusan Kelantan vs Selangor 11 Julai 2018 Liga Super

03:54 Laman Web Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 September 2018 jam 12:46 AM

Aksi Liga Super Malaysia saingan minggu ke-18 (LS18) menyaksikan pasukan Kelantan menentang Selangor dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Rabu, 11 Julai 2018.

Pertemuan Liga Super membabitkan Kelantan dan Selangor sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit.

Kelebihan awal bagi aksi ini adalah kepada Kelantan yang bermain di gelanggang sendiri sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat menambah 3 mata berharga dalam carta Liga Super 2018.

Selangor selaku pasukan pelawat, mereka pastinya tidak gentar untuk berdepan Kelantan yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan Kelantan yang mampu mencipta kejutan.

Dalam pada itu, kedudukan carta Liga Super 2018 setakat tujuh belas perlawanan yang telah berlalu menyaksikan pasukan Kelantan berada di kedudukan tercorot liga dengan 11 mata hasil daripada tiga kemenangan dan dua seri.

Manakala pasukan Selangor pula dengan kutipan 20 mata sekaligus meletakkan pasukan itu di tangga ke-8 liga setakat ini.

KEPUTUSAN TERKINI KELANTAN VS SELANGOR 11.7.2018 LIGA SUPER
Aksi Liga Super minggu ke-18 (LS18) melibatkan pasukan Kelantan melawan Selangor berlangsung pada hari Rabu bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-18 Liga Super Malaysia 2018 (LS18) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Kelantan lawan (lwn) Selangor.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Kelantan21Selangor
Stadium Sultan Muhammad IV
Penjaring GolPenjaring Gol
35′ Shafiq Shaharudin
84′ Danial Ashraf 
Selvaraj 77′

 

PAPARAN INFO BERKAITAN
Kedudukan Carta Liga Super 2018 Dan Jadual Penuh Perlawanan