Kemaskini BSH Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019

14:24 Laman - Web - Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 9 Januari 2019 jam 06:05 AM

Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) menerusi pembentangan belanjawan (bajet) Malaysia 2019 telah mengumum serta meneruskan dan menambah baik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat Malaysia yang memerlukan mengikut kategori dan kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Oleh itu, rakyat Malaysia yang pernah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini akan terus dibantu oleh kerajaan Pakatan Harapan melalui Bantuan Sara Hidup (BSH).

Sebagai info, kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah mengikut kategori iaitu bagi golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.

Sementara, Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 pula akan menerima bantuan berjumlah RM750 serta isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

Melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) juga, golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah turut akan menerima kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, namun terhad kepada empat orang dalam keluarga.

Secara keseluruhannya Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 menyaksikan golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan diterima secara keseluruhan ialah RM1,480 ianya lebih tinggi berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

KEMASKINI BSH BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT 2019
Kemaskini maklumat Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah kepada mereka yang berkait dengan perkara seperti di bawah:-
Checklist Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) tahun permohonan
Checklist Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan / tanggungan
Checklist Perubahan status perkahwinan, perubahan alamat / nomber telefon dan perubahan waris
KADAR BANTUAN BSH 2019 DAN KATEGORI SERTA SYARAT KELAYAKAN
RM1,000 +
RM120 / Anak
Isi RumahIsi Rumah (1)
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM2,000 dan ke bawah
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah:-
Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat (4) orang sahaja
RM750
Isi RumahIsi Rumah (2)
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM2,001 hingga RM3,000
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah:-
Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
RM500
Isi RumahIsi Rumah (3)
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,001 hingga RM4,000
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah:-
Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
TARIKH KEMASKINI BSH BANTUAN SARA HIDUP 2019
DibukaDitutup
1 Februari 201915 Mac 2019
Info1Butiran lanjut Permohonan BSH akan dinyatakan selepas pengumuman rasmi daripada kerajaan.