Gambar rasmi logo merdeka 2019 dan tema hari kebangsaan Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 11 November 2018 jam 07:30 PM

Kemerdekaan adalah sesuatu yang amat bermakna. Ia membebaskan diri insan daripada belenggu dan memberi ruang untuk warga sesuatu negara membangunkan negaranya berasaskan acuan sendiri.

Kemerdekaan sewajarnya menyedarkan rakyat mengenai erti kebebasan dan kemakmuran negara. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana melalui kemerdekaan, kita mencapai kegemilangan dalam semua aspek kehidupan.

Tarikh 31 Ogos perlu disambut dengan kesyukuran dan semangat patriotik. Ini kerana kemerdekaan itu adalah kemegahan dan kebanggaan semua rakyat yang perlu dikongsi dan dihayati bersama.

Kedatangan tarikh keramat 31 Ogos diharap dapat memantap dan memperkukuhkan lagi semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

31 Ogos 2018 merupakan sambutan ulang tahun ke-61 kemerdekaan Malaysia yang mempunyai makna mendalam dan hanya mereka yang mengerti dan mempunyai rasa cinta kepada tanah air dapat mentafsirkan maksudnya dengan tepat.

Tidak dinafikan bahawa hari ulang tahun kemerdekaan memang meninggalkan kesan mendalam pada kita semua, terutama di kalangan generasi yang pernah berjuang untuk mencapainya.

Sebagai pengetahuan umum, logo Hari Kemerdekaan yang pertama (1976) telah diperkenalkan oleh Tun Mohd. Ghazali Shafie selaku Pengerusi Perayaan Hari Kebangsaan tahun tersebut.

Bermula tahun tersebut, logo-logo telah direkacipta oleh sekumpulan pensyarah dan penuntut Institut Teknologi MARA Shah Alam (kini UiTM) berdasarkan tema perayaan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Perayaan Hari Kebangsaan.

Seiring dengan Logo, Tema Hari Kebangsaan / Kemerdekaan turut mendapat perhatian rakyat Malaysia malah ia akan menjadi suatu isu yang akan dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Tema merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam sesuatu kempen agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dapat dihayati dengan cepat dan penuh berprestij oleh rakyat Malaysia.

GAMBAR RASMI LOGO HARI KEMERDEKAAN (KEBANGSAAN) KE-61 TAHUN 2018
Logo Merdeka 2018
Maksud Logo Dan Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018
LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN (KEBANGSAAN) KE-61 TAHUN 2018 –  “KITA PUNYA MALAYSIA”
TEMA HARI KEMERDEKAAN (KEBANGSAAN) KE-61 TAHUN 2018
Sayangi Malaysiaku
SENARAI TEMA HARI KEMERDEKAAN (KEBANGSAAN) MALAYSIA
TahunTema
2017Negaraku Sehati Sejiwa
2016-2015Sehati Sejiwa
2014Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2013Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
20121Malaysia. Janji Ditepat
20111Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
20101Malaysia Menjana Transformasi
20091Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2008Perpaduan Teras Kejayaan
2007Malaysiaku Gemilang
2006-2000Keranamu Malaysia
1999Bersatu Ke Alaf Baru
1998Negara Kita Tanggungjawab Kita
1997Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1996Budaya Penentu Kecapaian
1995Jatidiri Penggerak Wawasan
1994Nilai Murni Jayakan Wawasan
1993Bersatu Menuju Wawasan
1992Wawasan Asas Kejayaan
1991Wawasan 2020
1990Berjaya
1989-1988Bersatu
1987Setia Bersatu Berusaha Maju
1986Bangsa Tegas Negara Teguh
1985Nasionalisme Teras Perpaduan
1984Amanah Asas Kejayaan
1983Bersama ke Arah Kemajuan
1982Berdisiplin Giat Maju
1981Berdisiplin Berharmoni
1980Berdisiplin Berbakti
1979Bersatu Berdisiplin
1978Kebudayaan Seni Perpaduan
197720 Tahun Bersatu Maju
1976Ketahanan Rakyat
1975Masyarakat Berdikari
1974Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1973Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1972Masyarakat Adil
1971Masyarakat Progresif
1970Muhibah dan Perpaduan
KOLEKSI LOGO MERDEKA – HARI KEBANGSAAN | KEMERDEKAAN MALAYSIA TAHUN 1976-2017
Koleksi Logo Hari Merdeka