Siaran langsung Malaysia vs Pakistan hoki piala dunia 5 Disember 2018

Keputusan Malaysia lwn Pakistan hockey world cup 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 3 Disember 2018 jam 09:38 AM

Malaysian Tigers, skuad hoki Malaysia meneruskan aksi saingan kejohanan hoki Piala Dunia (World Cup) edisi ke-14 dengan menentang pasukan Pakistan dalam perlawanan kedua kumpulan D yang dijadual berlangsung pada hari Rabu, 5 Disember 2018.

Pasukan hoki Malaysia kini tidak punya ­pilihan selain harus mendapatkan kemenangan dalam aksi kedua Kumpulan D ini kerana hanya kemenangan sahaja yang mampu membuka peluang untuk meneruskan misi menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Aksi pertama menyaksikan hasrat Malaysia untuk memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah positif bukan sahaja gagal, malah dibelasah 7-0 oleh pasukan Belanda.

Hoki Piala Dunia 2018 melibatkan 16 pasukan, juara daripada empat kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir manakala pasukan kedua dan ketiga dalam setiap pasukan akan ke pusingan kedua ‘play-off’ untuk memburu empat lagi slot dalam peringkat suku akhir.

Hoki Piala Dunia 2018, Malaysia diundi bersama juara Eropah serta juara dunia tiga kali, Belanda, juara dunia dua kali, Jerman dan bekas juara dunia empat kali, Pakistan, dalam Kumpulan D sekali gus menyaksikan Malaysian Tigers berdepan dengan tugas getir untuk mara ke pusingan kedua.

Atas kertas dan statistik, Pakistan merupakan lawan setanding Malaysia, tetapi apa sahaja boleh terjadi apabila di atas padang sekiranya skuad Malaysian Tigers fokus kepada setiap satu perlawanan terutama ke atas pasukan yang sepatutnya, Malaysia mempunyai peluang untuk menang.

Sebagai info, pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan Hoki Piala Dunia adalah menduduki tangga keempat di Kuala Lumpur pada 1975.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS PAKISTAN 5.12.2018 HOKI PIALA DUNIA
Aksi Hoki Piala Dunia 2018 melibatkan pasukan Malaysia melawan Pakistan berlangsung pada hari Rabu bermula pada jam 9:30 malam berdasarkan waktu di Malaysia bertempat di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan kedua hoki Piala Dunia 2018 bagi kumpulan D antara Malaysia lawan (lwn) Pakistan yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Team9:30PMTeam
MalaysiaMalaysia Hoki Piala Dunia..Pakistan Hoki Piala DuniaPakistan
StadiumKalinga Stadium
ScorerGroup DScorer
Nama Penjaring GolNama Penjaring Gol
LIVE STREAMING MALAYSIA VS PAKISTAN 5 DISEMBER 2018 HOKI PIALA DUNIA
Aksi kumpulan D hoki Piala Dunia 2018 melibatkan pasukan Malaysia melawan Pakistan turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena seawal jam 9 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
FB Live Live VIDEO LANGSUNG LIVE MALAYSIA VS PAKISTAN HOCKEY WORLD CUP 2018
Info Berkaitan INFO BERKAITAN
Click Link 1Kedudukan Carta Hoki Piala Dunia 2018 Dan Jadual Penuh Perlawanan Malaysia