Siaran langsung Malaysia vs Bahrain 20 Ogos 2018 sukan Asia B23

Keputusan Malaysia lwn Bahrain B23 sukan Asia 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 12:58 AM

Aksi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan Asia 2018 di Indonesia (Jakarta-Palembang) diteruskan dengan menyaksikan saingan terakhir kumpulan E membabitkan skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia menentang Bahrain dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Isnin, 20 Ogos 2018.

Perlawanan membabitkan Malaysia dan Bahrain sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong yang mengharapkan Malaysia dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit selain meneruskan rentak kemenangan.

Dalam bola sepak tiada yang mustahil, ekoran itu Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara pastinya enggan menoleh ke belakang setelah berjaya merealisasikan misi melayakkan diri ke pusingan kalah mati Sukan Asia 2018.

Aspek taktikal pasti akan dipamerkan oleh barisan pemain Malaysia yang mana corak permainan serangan balas pantas perlu dikekalkan selain turut memberi tumpuan berganda dalam memastikan gawang negara tidak dibolosi.

Malaysia perlu berwaspada kerana kualiti yang dimiliki oleh Bahrain berada di tahap yang berbeza kerana semua 20 pemain yang mereka bawa ke temasya kali ini antara yang terbaik.

Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan atau berjaya mengikat keputusan seri dengan Bahrain dalam perlawanan ini, sekali gus skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee muncul selaku juara kumpulan E.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS BAHRAIN 20.8.2018 BOLA SEPAK SUKAN ASIA
Aksi bola sepak Sukan Asia 2018 saingan ketiga melibatkan pasukan B-23 Malaysia melawan B-23 Bahrain berlangsung pada hari Isnin bermula pada jam 8:00 malam (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan terakhir kumpulan E Sukan Asia 2018 yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) Bahrain.
PasukanMasa PenuhPasukan
Malaysia23Bahrain
Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.
Penjaring GolKumpulan EPenjaring Gol
20′ Syahmi Safari
90+3′ Safawi Rasid (P)
Hardan 33′, 89′
Alshamsan 37′