Siaran langsung Malaysia vs Belanda hoki Piala Dunia 1 Disember 2018

Keputusan Malaysia lwn Netherlands hockey world cup 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 1 Disember 2018 jam 09:14 PM

Malaysian Tiger, skuad hoki Malaysia memulakan aksi saingan kejohanan hoki Piala Dunia (World Cup) edisi ke-14 dengan menentang pasukan Belanda (Netherlands) dalam perlawanan pertama kumpulan D yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 1 Disember 2018.

Berdasarkan format pertandingan, hoki Piala Dunia 2018 melibatkan 16 pasukan, juara daripada empat kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir manakala pasukan kedua dan ketiga dalam setiap pasukan akan ke pusingan kedua ‘play-off’ untuk memburu empat lagi slot dalam peringkat suku akhir.

Hoki Piala Dunia 2018, Malaysia diundi bersama juara Eropah serta juara dunia tiga kali, Belanda, juara dunia dua kali, Jerman dan bekas juara dunia empat kali, Pakistan, dalam Kumpulan D sekali gus menyaksikan Malaysian Tigers berdepan dengan tugas getir untuk mara ke pusingan kedua.

Statistik pula menunjukkan Belanda merupakan pasukan kedua paling berjaya dengan menjulang Piala Dunia pada 1973, 1990 dan 1998 sementara pencapaian terbaik Malaysia ialah di tangga keempat edisi 1975.

Atas kertas dan statistik, memang Belanda lebih kuat daripada Malaysia, tetapi apa sahaja boleh terjadi apabila di atas padang. Sekiranya skuad Malaysian Tiger fokus kepada setiap satu perlawanan terutama ke atas pasukan yang sepatutnya, Malaysia mempunyai peluang untuk menang.

Sekiranya Malaysia mencatatkan se­kurang-kurangnya keputusan seri ke atas Belanda dalam perlawanan ini, skuad Malaysian Tiger sekaligus melakar kejutan terbesar dalam kejohanan Piala Dunia 2018.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS BELANDA 1.12.2018 HOKI PIALA DUNIA
Aksi Hoki Piala Dunia 2018 melibatkan pasukan Malaysia melawan Belanda berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 7:30 malam mengikut waktu di Malaysia bertempat di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan pertama hoki Piala Dunia 2018 bagi kumpulan D antara Malaysia lawan (lwn) Belanda yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
TeamMasa PenuhTeam
MalaysiaMalaysia Hoki Piala Dunia07Netherlands Hoki Piala DuniaNetherlands
StadiumKalinga Stadium
ScorerGroup DScorer
Jeroen 60′ ,29′  ,12′Nama Penjaring Gol
Mirco 21′Nama Penjaring Gol
 Mink van  35′Nama Penjaring Gol
Robbert 42′Nama Penjaring Gol
Thierry  57′Nama Penjaring Gol
Info Berkaitan INFO BERKAITAN
Click Link 1Kedudukan Carta Hoki Piala Dunia 2018 Dan Jadual Penuh Perlawanan Malaysia