Siaran langsung Malaysia vs Japan 1 September 2018 final hoki sukan Asia

Keputusan Malaysia lwn Jepun final hoki sukan Asia 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 12:55 AM

Acara hoki Sukan Asia 2018 di Indonesia (Jakarta-Palembang) telah sampai di kemuncaknya dengan menyaksikan perlawanan penentuan pingat emas membabitkan skuad hoki Malaysia menentang Jepun (Japan) dalam perlawanan dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 1 September 2018.

Perlawanan akhir (final) hoki sukan Asia 2018 membabitkan Malaysia dan Jepun sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong yang mengharapkan Malaysia dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta memberi tentangan sengit.

Malaysia mara ke final selepas menewaskan India pada aksi separuh akhir selain menduduki ranking ke-12 dunia dianggap sebagai pasukan pilihan untuk membawa pulang pingat emas berbanding Jepun yang berada di tempat ke-16.

Bagaimanapun, skuad hoki negara sudah tentu tidak mahu memandang rendah terhadap ancaman yang mampu dijelmakan Jepun kerana inilah peluang untuk menghadiahkan pingat emas sukan Asia kepada negara.

Selain buruan pingat emas, perlawanan akhir hoki sukan Asia 2018 merupakan peluang terbaik buat skuad kebangsaan menempah slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo terutama selepas gergasi Asia lain seperti India, Pakistan dan Korea Selatan gagal ke saingan akhir di Jakarta.

Juara hoki Sukan Asia 2018 bukan sahaja meraih slot automatik ke Sukan Olimpik 2020 malah menawarkan mata ranking amat tinggi untuk memperbaiki kedudukan ranking FIH.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas dalam acara hoki lelaki sepanjang penyertaan pada Sukan Asia dengan pencapaian terbaik adalah meraih pingat perak.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN 1.9.2018 FINAL HOKI SUKAN ASIA
Aksi final hoki Sukan Asia 2018 melibatkan Malaysia melawan Jepun berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9:00 malam (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Hoki Gelora Bung Karno.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan akhir hoki Sukan Asia 2018 yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) Japan.
PasukanMasa PenuhPasukan
MalaysiaMalaysia 266JapanJapan
StadiumStadium Hoki Gelora Bung Karno
Penjaring GolFinalPenjaring Gol
Nama Penjaring Gol4′ Razie Rahim
Nama Penjaring Gol11′, 13′, 59′ Tengku Ahmad
Nama Penjaring Gol17′ Faizal Saari
Nama Penjaring Gol50′ Amirol Aideed
Seren Tanaka 9′Nama Penjaring Gol
Kenta Tanaka 53′ ,23′Nama Penjaring Gol
Kentaro Fukuda 52′Nama Penjaring Gol
Koji Yamasaki 58′Nama Penjaring Gol
Hiromasa 60′Nama Penjaring Gol
PasukanPenalty ShootoutPasukan
MalaysiaMalaysia 213JapanJapan
KEPUTUSAN AKHIR HOKI SUKAN ASIA 2018
PingatPasukan
Pingat EmasEmasJapanJepun
Pingat PerakPerakMalaysia 2Malaysia
Pingat GangsaGangsaIndia India