Siaran langsung Malaysia vs Kemboja 8 November 2018 Piala AFF Suzuki

Keputusan Malaysia lwn Cambodia AFF Suzuki Cup 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 12:16 AM

Skuad Harimau Malaya memulakan aksi saingan Piala AFF Suzuki 2018 bagi kumpulan A dengan menentang pasukan Kemboja (Cambodia) dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Khamis, 8 November 2018.

Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan iaitu di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Pasukan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor-Leste yang menang perlawanan kelayakan dengan Brunei.

Skuad Harimau Malaya dilihat sudah bersedia menghadapi cabaran Piala AFF Suzuki 2018 selepas mengharungi aksi persahabatan sebelum ini yang menyaksikan Malaysia memenangi empat daripada enam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A tersebut.

Mengenai aksi pembuka tirai Piala AFF Suzuki 2018 menentang Cambodia, peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya pastinya mengharapkan barisan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi persembahan terbaik dengan mencipta kemenangan.

SENARAI 23 PEMAIN MALAYSIA – PIALA AFF SUZUKI 2018 
Penjaga Gol 
Farizal Marlias (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak)
Pertahanan
Aidil Zafuan Abd. Radzak, Adam Nor Azlin (JDT), Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Muhammad Syahmi Safari (Selangor)
Tengah
Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT); Muhammad Akram Mahinan (Kedah); D. Kenny Pallraj (Perak), Muhammad Safawi Rasid (JDT); Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah); Mohamadou Sumareh (Pahang)
Penyerang
Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur); Norshahrul Idlan Talaha (Pahang); Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi (Nakhon Ratchasima)
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS KEMBOJA 8.11.2018 PIALA AFF SUZUKI
Aksi Piala AFF Suzuki 2018 melibatkan pasukan Malaysia melawan Kemboja berlangsung pada hari Khamis bermula pada jam 7:30 malam mengikut waktu di Malaysia bertempat di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan pertama kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia lawan (lwn) Cambodia yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
HomeTuan RumahMasa PenuhPelawatVisitor
CambodiaCambodia AFF Suzuki Cup01Malaysia AFF Suzuki CupMalaysia
StadiumPhnom Penh Olympic Stadium
ScorerGroup AScorer
 NorShahrul 30′Nama Penjaring Gol