Siaran langsung Malaysia vs Korea Selatan 17 Ogos 2018 sukan Asia B23

Keputusan Malaysia lwn Korea Selatan B23 sukan Asia 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 01:10 AM

Aksi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan Asia 2018 di Indonesia (Jakarta-Palembang) diteruskan dengan menyaksikan saingan kedua kumpulan E membabitkan skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia menentang Korea Selatan dalam perlawanan dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 17 Ogos 2018.

Perlawanan membabitkan Malaysia dan Korea Selatan sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong yang mengharapkan Malaysia dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit.

Dalam bola sepak tiada yang mustahil, ekoran itu Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara pastinya enggan menoleh ke belakang bagi merealisasikan misi melayakkan diri ke pusingan kalah mati Sukan Asia 2018.

Aspek taktikal pasti akan dipamerkan oleh barisan pemain Malaysia yang mana corak permainan serangan balas pantas perlu dikekalkan selain turut memberi tumpuan berganda dalam memastikan gawang negara tidak dibolosi.

Malaysia perlu berwaspada kerana kualiti yang dimiliki oleh Korea Selatan berada di tahap yang berbeza kerana semua 20 pemain yang mereka bawa ke temasya kali ini antara yang terbaik.

Sekiranya Malaysia berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan Korea Selatan dalam perlawanan ini, sekali gus skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menempah slot ke pusingan kalah mati.

Namun, jika sebaliknya Malaysia masih mempunyai peluang pada perlawanan terakhir kumpulan E menentang Bahrain pada 20 Ogos ini.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS KOREA SELATAN 17.8.2018 BOLA SEPAK SUKAN ASIA
Aksi bola sepak Sukan Asia 2018 saingan kedua melibatkan pasukan B-23 Malaysia melawan B-23 Korea Selatan berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 8:00 malam (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan kedua kumpulan E Sukan Asia 2018 yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) Korea Selatan.
PasukanMasa PenuhPasukan
Malaysia21S.Korea
Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.
Penjaring GolKumpulan EPenjaring Gol
5′, 45+1′ Safawi RasidHwang Ui Jo 88′