Siaran langsung Malaysia vs Laos 12 November 2018 Piala AFF Suzuki

Keputusan Malaysia lwn Laos AFF Suzuki Cup 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 12:15 AM

Skuad Harimau Malaya meneruskan aksi saingan Piala AFF Suzuki 2018 bagi kumpulan A dengan menentang pasukan Laos dalam perlawanan kedua yang dijadual berlangsung pada hari Isnin, 12 November 2018.

Piala Suzuki AFF 2018 kali ini tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Pasukan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor-Leste yang menang perlawanan kelayakan dengan Brunei.

Skuad Harimau Malaya dilihat sudah bersedia menghadapi cabaran Piala AFF Suzuki 2018 selepas mengharungi aksi persahabatan sebelum ini yang menyaksikan Malaysia memenangi empat daripada enam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A tersebut.

Mengenai aksi kedua kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 menentang Laos, peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya pastinya mengharapkan barisan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi persembahan terbaik dengan mencipta kemenangan.

SENARAI 23 PEMAIN MALAYSIA – PIALA AFF SUZUKI 2018 
Penjaga Gol 
Farizal Marlias (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak)
Pertahanan
Aidil Zafuan Abd. Radzak, Adam Nor Azlin (JDT), Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Muhammad Syahmi Safari (Selangor)
Tengah
Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT); Muhammad Akram Mahinan (Kedah); D. Kenny Pallraj (Perak), Muhammad Safawi Rasid (JDT); Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah); Mohamadou Sumareh (Pahang)
Penyerang
Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur); Norshahrul Idlan Talaha (Pahang); Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi (Nakhon Ratchasima)
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS LAOS 12.11.2018 PIALA AFF SUZUKI
Aksi Piala AFF Suzuki 2018 melibatkan pasukan Malaysia melawan Laos berlangsung pada hari Isnin bermula pada jam 8:45 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan kedua kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia lawan (lwn) Laos yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
HomeTuan RumahMasa PenuhPelawatVisitor
MalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup31Laos AFF Suzuki CupLaos
StadiumBukit Jalil National Stadium
ScorerGroup AScorer
Nama Penjaring Gol15′ Zaquan Adha
Nama Penjaring Gol86′, 90+2′ Norshahrul
Phithack 7′Nama Penjaring Gol