Siaran langsung Malaysia vs Myanmar 24 November 2018 Piala AFF Suzuki

Keputusan Malaysia lwn Myanmar AFF Suzuki Cup 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 24 November 2018 jam 10:30 PM

Skuad Harimau Malaya meneruskan aksi saingan Piala AFF Suzuki 2018 dengan menentang pasukan Myanmar dalam perlawanan terakhir (ke-4) kumpulan A yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 24 November 2018.

Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Pasukan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor-Leste yang menang perlawanan kelayakan dengan Brunei.

Skuad Harimau Malaya dilihat sudah bersedia menghadapi cabaran Piala AFF Suzuki 2018 selepas mengharungi aksi persahabatan sebelum ini yang menyaksikan Malaysia memenangi empat daripada enam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A tersebut..

Mengenai perlawanan terkini menentang Myanmar, pasukan Malaysia tiada pilihan lain selain menang kerana hanya kemenangan dengan tiga mata berharga sahaja yang dapat melayakkan skuad Harimau Malaya untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Dalam pada itu, peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya pastinya mengharapkan barisan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi persembahan terbaik dengan mencipta kemenangan.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS MYANMAR 24.11.2018 PIALA AFF SUZUKI
Aksi Piala AFF Suzuki 2018 melibatkan pasukan Malaysia melawan Myanmar berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 8:30 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan terakhir kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia lawan (lwn) Myanmar yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
HomeTuan RumahMasa PenuhPelawatVisitor
MalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup20Myanmar AFF Suzuki CupMyanmar
StadiumBukit Jalil National Stadium
ScorerGroup AScorer
Nama Penjaring Gol26′ Norshahrul
Nama Penjaring Gol45+1, 88′ Zaquan Adha
SENARAI 23 PEMAIN MALAYSIA – PIALA AFF SUZUKI 2018 
Penjaga Gol 
Farizal Marlias (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak)
Pertahanan
Aidil Zafuan Abd. Radzak, Adam Nor Azlin (JDT), Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Muhammad Syahmi Safari (Selangor)
Tengah
Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT); Muhammad Akram Mahinan (Kedah); D. Kenny Pallraj (Perak), Muhammad Safawi Rasid (JDT); Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah); Mohamadou Sumareh (Pahang)
Penyerang
Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur); Norshahrul Idlan Talaha (Pahang); Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi (Nakhon Ratchasima)
Info Berkaitan INFO BERKAITAN
Click LinkKedudukan Carta Piala AFF Suzuki 2018 Dan Jadual Penuh Perlawanan Malaysia