Siaran langsung keputusan Malaysia vs Sri Lanka 12 Oktober 2018 persahabatan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 11 November 2018 jam 05:05 PM

Skuad Harimau Malaya meneruskan aksi persahabatan antarabangsa kelas A yang keempat dengan menentang pasukan Sri Lanka dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 12 Oktober 2018.

Kedudukan ranking Malaysia yang jauh lebih baik mengatasi Sri Lanka bukan jaminan buat barisan pemain skuad Harimau Malaya untuk terlalu yakin akan memperoleh kemenangan mudah pada aksi persahabatan ini.

Sri Lanka yang menghuni ranking ke-199 dunia berbanding Malaysia (171) dijangka memberi tentangan yang sengit apatah lagi perlawanan berlangsung di tempat mereka sendiri.

Perlawanan ini merupakan salah satu daripada enam perlawanan persahabatan kelas A yang dirancang untuk skuad kebangsaan sebagai persiapan bagi menghadapi aksi saingan Piala AFF Suzuki 2018 yang bermula 8 November ini.

Kesemua enam perlawanan persahabatan kelas A tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki kedudukan pasukan bola sepak Malaysia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Baki dua lagi aksi persahabatan, skuad Harimau Malaya akan berdepan lawan lebih hebat iaitu bertemu pasukan Republik Krygyz yang menduduki ranking 91 dunia di Stadium Hang Jebat, (16 Oktober 2018) dan satu lagi aksi persahabatan terakhir adalah menentang Maldives pada 3 November 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mengenai aksi persahabatan terkini menentang Sri Lanka, peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya pastinya mengharapkan barisan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi persembahan terbaik dengan mencipta kemenangan.

REKOD KEPUTUSAN MALAYSIA INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH 2018
TarikhHomeResultAway
5 JulaiMalaysia Malaysia FAM10Fiji 1 Fiji
7 SeptemberTaiwan Chinese Taipei 120Malaysia FAM Malaysia
10 SeptemberKemboja Cambodia 113Malaysia FAM Malaysia
12 OktoberSri Lanka Sri Lanka14Malaysia FAM Malaysia
16 OktoberMalaysia Malaysia FAM..Kyrgyzstan 2 Kyrgyzstan
3 NovemberMalaysiaMalaysia FAM..Maldives Maldives
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS SRI LANKA 12.10.2018 PERSAHABATAN
Aksi persahabatan antarabangsa kelas A melibatkan pasukan Malaysia melawan Sri Lanka berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9:15 malam mengikut waktu di Malaysia bertempat di Stadium Sugathadasa, Colombo.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A antara Malaysia lawan (lwn) Sri Lanka yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahTuan RumahMasa PenuhPelawatPelawat
Sri Lanka Sri Lanka14Malaysia FAM Malaysia
StadiumStadium Sugathadasa, Colombo.
Penjaring GolFriendly MatchPenjaring Gol
Nama Penjaring Gol30′ MadushanNorshahrul 65′Nama Penjaring Gol
Adam Nor Azlin 76′Nama Penjaring Gol
Sumareh  90+1′ ,85′Nama Penjaring Gol