Siaran langsung Malaysia vs Vietnam 11 Disember 2018 final Piala AFF Suzuki

Keputusan Malaysia lwn Vietnam final AFF Suzuki Cup 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 7 Disember 2018 jam 02:16 PM

Skuad Harimau Malaya meneruskan aksi saingan Piala AFF Suzuki 2018 dengan menentang pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama yang dijadual berlangsung pada hari Selasa, 11 Disember 2018.

Pertembungan final ini pasti menarik terutamanya selepas skuad Harimau Malaya berjaya mengenepikan tentangan juara bertahan, Thailand di Bangkok pada aksi separuh akhir kedua.

Perlawanan akhir ini juga pastinya ditunggu-tunggu oleh barisan pemain Malaysia untuk membalas ‘dendam’ selepas tewas 0-2 kepada Vietnam di peringkat Kumpulan A sebelum ini.

Vietnam menempah pertemuan dengan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 apabila menewaskan Filipina menerusi agregat 4-2 di separuh akhir kedua.

Harimau Malaya pula melangkah ke pentas final Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 dengan penuh dramatik apabila bangkit sebanyak dua kali untuk meraih keputusan 2-2, sekali gus menyingkirkan juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Kejayaan ini, menyaksikan Malaysia melangkah ke pentas final Piala AFF Suzuki buat kali keempat selepas 1996, 2010 dan 2014.

Final Piala AFF Suzuki 2018 membuka peluang buat skuad Harimau Malaya untuk menjulang kejuaraan kali kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menewaskan Indonesia 3-2.

Mengenai aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam, peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya pastinya mengharapkan barisan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi persembahan terbaik dengan mencipta kemenangan dengan jaringan gol selesa sebagai bekalan bagi menghadapi aksi final kedua di tempat lawan pada 15 Disember 2018

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS VIETNAM 11.12.2018 FINAL PIALA AFF SUZUKI
Aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 melibatkan pasukan Malaysia melawan Vietnam berlangsung pada hari Selasa bermula pada jam 8:30 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia lawan (lwn) Vietnam yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
HomeTuan Rumah8:45PMPelawatVisitor
MalaysiaMalaysia AFF Suzuki Cup..Vietnam AFF Suzuki CupVietnam
StadiumBukit Jalil National Stadium
ScorerFinalScorer
Nama Penjaring GolNama Penjaring Gol
LIVE STREAMING MALAYSIA VS VIETNAM 11 DISEMBER 2018 FINAL PIALA AFF SUZUKI
Aksi final 1 Piala AFF Suzuki 2018 melibatkan pasukan Malaysia melawan Vietnam turut disiarkan secara siaran langsung di RTM seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
FB Live Live VIDEO LANGSUNG LIVE MALAYSIA VS VIETNAM AFF SUZUKI  CUP 2018
SENARAI 23 PEMAIN MALAYSIA – PIALA AFF SUZUKI 2018 
Penjaga Gol 
Farizal Marlias (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak)
Pertahanan
Aidil Zafuan Abd. Radzak, Adam Nor Azlin (JDT), Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Muhammad Syahmi Safari (Selangor)
Tengah
Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT); Muhammad Akram Mahinan (Kedah); D. Kenny Pallraj (Perak), Muhammad Safawi Rasid (JDT); Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah); Mohamadou Sumareh (Pahang)
Penyerang
Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur); Norshahrul Idlan Talaha (Pahang); Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi (Nakhon Ratchasima)
Info Berkaitan INFO BERKAITAN
Click Link 1Kedudukan Carta Piala AFF Suzuki 2018 Dan Jadual Penuh Perlawanan Malaysia