Siaran langsung Malaysia vs Vietnam 15 Disember 2018 final Piala AFF Suzuki

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:41 AM

Skuad Harimau Malaya meneruskan aksi saingan Piala AFF Suzuki 2018 dengan menentang pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir kedua yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 15 Disember 2018.

Pertembungan final kedua ini pasti menarik dan berlangsung sengit selepas skuad Harimau Malaya berjaya mengikat keputusan seri 2-2 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.

Meskipun tugas getir menanti Malaysia bagi final kedua Piala AFF, namun seluruh rakyat Malaysia dan penyokong setia terutamanya menaruh kepercayaan skuad Harimau Malaya mampu menjulang trofi kejohanan biarpun beraksi di tempat lawan.

Berdasarkan format jaringan di tempat lawan, keputusan seri 2-2 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, memerlukan Malaysia mencatat keputusan menang sekurang-kurangnya satu gol tanpa dibolosi dalam aksi final kedua ini.

Terdahulu, Vietnam menempah pertemuan dengan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 apabila menewaskan Filipina menerusi agregat 4-2 di separuh akhir kedua.

Harimau Malaya pula melangkah ke pentas final Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 dengan penuh dramatik apabila bangkit sebanyak dua kali untuk meraih keputusan 2-2, sekali gus menyingkirkan juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Kejayaan ini, menyaksikan Malaysia melangkah ke pentas final Piala AFF Suzuki buat kali keempat selepas 1996, 2010 dan 2014.

Final Piala AFF Suzuki 2018 membuka peluang buat skuad Harimau Malaya untuk menjulang kejuaraan kali kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menewaskan Indonesia 3-2.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS VIETNAM 15.12.2018 FINAL PIALA AFF SUZUKI
Aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 melibatkan pasukan Malaysia melawan Vietnam berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 8:30 malam mengikut waktu di Malaysia bertempat di Stadium Nasional Mỹ Đình, Hanoi.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia lawan (lwn) Vietnam yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Vietnam10Malaysia
Mỹ Đình National Stadium
Penjaring GolFinal 2nd LegPenjaring Gol
7′ Nguyễn Anh Đức
Aggregate
Vietnam32Malaysia
JUARA PIALA AFF SUZUKI 2018
 Vietnam
SENARAI 23 PEMAIN MALAYSIA – PIALA AFF SUZUKI 2018 
Penjaga Gol 
Farizal Marlias (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak)
Pertahanan
Aidil Zafuan Abd. Radzak, Adam Nor Azlin (JDT), Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Muhammad Syahmi Safari (Selangor)
Tengah
Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT); Muhammad Akram Mahinan (Kedah); D. Kenny Pallraj (Perak), Muhammad Safawi Rasid (JDT); Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Kedah); Mohamadou Sumareh (Pahang)
Penyerang
Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur); Norshahrul Idlan Talaha (Pahang); Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi (Nakhon Ratchasima)