Senarai baru menteri kabinet Malaysia terkini 2018-2023

Senarai penuh carta menteri kabinet Pakatan Harapan PH

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 25 November 2018 jam 05:15 PM

Jemaah Menteri atau Kabinet Malaysia merupakan sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dengan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen.

Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.

Di Britain, sistem kerajaan berkabinet boleh dikatakan sudah lama digunakan walaupun tidak setua sistem Commons yang bermula sejak akhir abad ke-13.

Ia dianggarkan bermula pada 1714 apabila Robert Walpole dilantik sebagai Perdana Menteri de facto dan de jure pertama. Banyak pihak lebih suka memulakan era Walpole sebagai permulaan sejarah kerajaan berkabinet di Britain.

Di Malaysia pula, kemenangan Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan beliau dalam Parti Perikatan pada Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955 menjadi titik kemunculan kerajaan berkabinet. Bersama rakan-rakan gabungan daripada UMNO, MCA dan MIC, mereka diberi mandat dengan majoriti 52 kerusi daripada 53 kerusi yang dipertandingkan.

Namun hanya apabila memenangi Pilihan Raya Persekutuan 1959, Tunku yang sekali lagi dilantik Perdana Menteri, baharulah membentuk Kabinet yang mempunyai 12 menteri.

Pembentukan Kabinet Perdana Menteri terdahulu termasuklah Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009 mengikut aliran yang sama. Bagaimanapun bilangan menteri dalam Kabinet bukanlah satu perkara yang ditetapkan.

Selain 12 orang dalam Kabinet pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn mempunyai anggota Kabinet di antara 20 hingga 24 orang. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) mempunyai 28 ahli Kabinet sebelum beliau bersara pada Oktober 2003

Apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) membentuk kerajaan pada 27 Mac 2004, beliau mempunyai 33 anggota Kabinet.Pembentukan Kabinet Perdana Menteri terdahulu termasuklah Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2009 mengikut aliran yang sama.

Seperti dilihat, semua Perdana Menteri mempunyai bilangan anggota Kabinet yang berbeza dalam tempoh pentadbiran kerajaan mereka.

Tiada Perdana Menteri yang pernah memberi penjelasan mengapa Kabinet beliau mempunyai anggota yang banyak, terdiri daripada menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha Parlimen kerana ia adalah hak keistimewaan subjektif dan pilihan bagi seorang ketua eksekutif.

Tiada siapa yang akan mempersoalkan jika beliau hendak membentuk kementerian baharu atau memberi tugas sebagai menteri kedua di kementerian tertentu. Sebagai contoh, Kementerian Kewangan mendapat Menteri Kedua semasa kepimpinan Dr. Mahathir terdahulu.

Begitu juga di bawah kepimpinan Abdullah. Di bawah pentadbiran Najib, pelantikan baharu masih diamalkan. Kebiasaannya Perdana Menteri melantik menteri-menteri mengikut keperluan kerajaan beliau. Dan kriteria pemilihan ini termasuklah populariti politik selain dari bakat dan tuah seseorang.

Keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kabinet memberi kesan ke atas kehidupan rakyat. Ia memutuskan undang-undang yang bakal dikuatkuasakan melalui kuasa Parlimen. Ia menentukan cukai yang akan dikenakan mengikut bajet yang disediakan oleh Perbendaharaan. Keputusan-keputusan Kabinet memberi kesan kepada ekonomi dan mempengaruhi cara berbelanja dan simpanan rakyat.

Kini Malaysia dibawah tampuk pemerintahan baharu selepas Pakatan Harapan (PH) sebuah pengabungan parti politik yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta beberapa parti politik sekutunya telah memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (PRU14).

Pada 10 Mei 2018 Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Dr Mahathir yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memegang jawatan yang sama pada 16 Julai 1981 untuk tempoh 22 tahun.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan agihan kerusi Kabinet. Kabinet yang akan dibentuk mempunyai komposisi pelbagai iaitu ada wakil wanita, pemimpin muda dan pemimpin senior.

Kerajaan baharu memberi jaminan untuk mengurangkan kadar hutang negara, memandangkan sebahagiannya terlalu besar serta ditadbir berlandaskan perlembagaan dan lunas undang-undang. Menyentuh mengenai pengurusan ekonomi kerajaan, kerajaan juga akan mengkaji semula cukai yang membebankan seperti cukai pendapatan yang mana kerajaan perlu mengetahui berapa yang dibayar rakyat.

Kesimpulannya, rakyat mengharapkan Kabinet Malaysia yang baharu akan memantapkan lagi pentadbiran negara sejajar dengan kedudukan prinsip tanggungjawab bersama. Jemaah menteri yang dilantik itu mestilah berjiwa rakyat dan mampu bekerja dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membawa masa depan negara yang lebih baik.

Berikut adalah senarai kementerian dan menteri yang diumumkan secara rasmi setakat ini.

SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA 2018-2023
Kabinet Rasmi Menteri Penuh Malaysia
ANGGOTA MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN
Majlis Penasihat Kerajaan
Tun Daim Zainuddin
(Bekas menteri kewangan)
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
(Bekas gabenor Bank Negara)
Tan Sri Mohd Hassan Marican
(Bekas presiden Petronas)
Robert Kuok
(Ahli perniagaan)
Prof Dr Jomo Kwame Sundaram
(Pakar ekonomi)