Jadual keputusan kedudukan carta Liga Super Malaysia 2019

03:09 Laman - Web - Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 15 Januari 2019 jam 11:57 AM

Liga Super Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri hasil daripada kesinambungan kepada liga sebelumnya iaitu Liga-M yang bermula semenjak 1982.

Kini Liga Super Malaysia merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang paling berprestij di Malaysia.

Bagi tahun 2019, Liga Super (LS) disebut sebagai Unifi Liga Super Malaysia berikutan Unifi yang merupakan jenama utama di bawah Telekom Malaysia (TM) telah menjadi penaja utama Liga Super serta Piala Malaysia dan juga sebagai penaja bersama bagi Piala FA bermula tahun 2018 hingga 2025.

Hasil daripada penjanjian penajaan tersebut, peminat bola sepak tanahair mendapat akses menyeluruh untuk menonton setiap perlawanan pasukan pilihan masing-masing dalam saingan Liga Super Malaysia kerana kesemua perlawanan akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV dan boleh diakses menerusi aplikasi Unifi PlayTV selain di RTM mahupun melalui rangkaian televisyen Media Prima.

Melalui lamanwebinfo, peminat bola sepak tanahair boleh mendapatkan semua maklumat keputusan mengikut keputusan rasmi (Official Results) perlawanan serta kedudukan carta dan jadual terkini Liga Super Malaysia 2019 yang akan dikemaskini pada tarikh / hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung.

TARIKH LIGA SUPER 2019 MALAYSIA
MulaAkhir
1 Februari 201921 Julai 2019
Click LinkPDF Format Jadual Lengkap Unifi Liga Super Malaysia 2019 – Rasmi
PENYERTAAN PASUKAN LIGA SUPER MALAYSIA 2019
 JDT FC JDTPerak TBG PerakPKNS FC PKNS FC
 Pahang FA PahangTerengganu FC TerengganuKedah FA Kedah
 Melaka United Melaka UtdSelangor FA SelangorPKNP FC PKNP FC
 Kuala Lumpur FA K.LumpurFelda United Felda UnitedMISC MIFA MIFA
KEDUDUKAN TERKINI CARTA LIGA SUPER MALAYSIA (MSL) 2019
Info1 Kedudukan carta Liga Super 2019 Malaysia bagi setiap pasukan akan dikemaskini secara automatik pada hari perlawanan berlangsung berdasarkan keputusan rasmi (Official Results) Malaysian Football League (MPL).
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA SUPER MALAYSIA (MSL) 2019 TERKINI
Info1 Keputusan Liga Super 2019 Malaysia bagi setiap pasukan akan dikemaskini secara automatik pada hari perlawanan berlangsung berdasarkan keputusan rasmi (Official Results) Malaysian Football League (MPL).

Tarikh Liga Malaysia 2019