Siaran langsung Pahang vs PKNP FC 25 Ogos 2018 Piala Malaysia uPM4

Keputusan Pahang lwn PKNP FC Piala Malaysia 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 01:03 AM

Aksi peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan keempat di mana perlawanan ke-4 (uPM4) turut membabitkan pasukan Pahang menentang PKNP FC bagi perlawanan kumpulan D yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 25 Ogos 2018.

Pertemuan saingan Piala Malaysia 2018 kumpulan D membabitkan Pahang dan PKNP FC sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit.

Pahang sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan sekaligus dapat mengutip 3 mata berharga dalam saingan peringkat kumpulan D Piala Malaysia 2018.

Dalam pada itu, perlawanan ini diibaratkan misi ‘hidup mati’ buat pasukan PKNP FC kerana hanya kemenangan keatas Pahanf sahaja dapat mencerahkan laluan ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2018.

Berdasarkan kedudukan carta kumpulan D setakat tiga perlawanan, Pahang berada di tangga teratas dengan 7 mata manakala PKNP FC pula dikedudukan ke-3 dengan tiga mata.

Pertembungan ini akan menjadi medium kebangkitan oleh kedua-dua pasukan dan sudah tentu menjadi tumpuan kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh Pahang dan PKNP FC.

KEPUTUSAN TERKINI PAHANG VS PKNP FC 25.8.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (uPM4)
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan ke-3 melibatkan pasukan Pahang melawan PKNP FC berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-4 kumpulan D Unifi Piala Malaysia 2018 (uPM4) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Pahang lawan (lwn) PKNP FC.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Pahang00PKNP FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Penjaring GolKumpulan DPenjaring Gol