Menu Atas

Panduan beli laptop atau notebook baru harga murah untuk pelajar

08:22 Laman Web Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 September 2018 jam 12:06 AM

Penggunaan komputer riba (laptop) mahu notebook pada masa kini merupakan satu keperluan kepada setiap individu terutamanya bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), guru-guru mahupun kepada mereka yang bekerja dalam bidang IT.

Komputer riba penting untuk membuat kertas kerja, laporan, menghasilkan slaid, dan pelbagai lagi. Oleh itu, komputer riba memang menjadi keperluan setiap masa.

Di Malaysia, peranan komputer amatlah meluas penggunaannya termasuklah dalam bidang pentadbiran, pendidikan, industri, perniagaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi bidang yang memggunakan komputer.

Dalam bidang pentadbiran, hampir setiap pejabat atau jabatan sama ada dari sektor kerajaan ataupun sektor swasta telah menggunakan komputer untuk memproses segala data dan menjalankan tugas seharian.

Penggunaan komputer lebih memudahkan pihak pentadbir untuk mengendalikan tugas dengan sempurna dan cepat seta dapat menghasilkan satu kerja yang menarik dan berkualiti.

Di dalam bidang pendidikan pula, para pelajar dan guru dapat menggunakan komputer terhadap sesi pembelajaran. Selain itu, komputer juga membantu para pelajar belajar secara sistematik.

Para pelajar tidak perlu mengorbankan masa yang lama untuk menyimpan ilmu yang ada di dalam kepala sebaliknya hanya menyimpan didalam sebuah pemacu pena (pen drive) dan boleh dibuka bila-bila masa apabila hendak membuat rujukan pada masa akan datang.

Kemajuan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada para pelajar. Berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah pimpinan Menteri Pendidikan untuk menggalakkan penggunaan komputer.

PANDUAN BELI LAPTOP DAN NOTEBOOK BARU DENGAN HARGA MURAH UNTUK PELAJAR

Melalui artikel ini, penulis memfokuskan kesesuaian dan keupayaan sesebuah laptop untuk digunakan oleh pelajar dengan membeli laptop atau notebook mengikut keperluan tanpa membazirkan wang.

Sebelum kita membeli sesebuah laptop, kita harus tahu serba sedikit mengenai laptop agar kita tidak ditipu atau dikecewakan ketika menggunakannya.

Perkara utama yang harus difokuskan sebelum membeli laptop adalah bagaimana kita akan mengunakan laptop kita seperti berikut:-

 Kegunaan ringan – Melayari internet, bayar bil secara dalam talian (online), e-mail dan juga laman sosial
 Kegunaan sederhana – Memuat turun, atau menonton video dan muzik secara dalam talian (online), menggunakan aplikasi Microsoft Office.
 Kegunaan berat: Bermain permainan video games, rendering video, dan multitasking.

PANDUAN UTAMA MEMBELI LAPTOP

 MEMILIH SISTEM OPERASI (OPERATING SYSTEM – OS) YANG SESUAI
Windows OS ini merupakan sistem operasi yang popular di Malaysia. Ia mempunyai pelbagai fungsi dan banyak aplikasi bersesuaian dengan Windows OS bergantung pada spesifikasi laptop.
 Lebih sesuai untuk pelajar.
Mac OS X adalah sistem operasi yang dibuat oleh Apple. Pengaturcara, editor imej dan video menggunakannya kerana kestabilan dan kecekapan yang diberikan.
Chrome OS pula adalah sistem operasi yang dibuat oleh Google, dan dikhususkan kepada mereka yang ingin menggunakan laptop khas untuk melakukan kerja-kerja, dan melayari internet kerana ia didatangkan dengan spesifikasi yang rendah.
 MEMILIH SAIZ LAPTOP YANG SESUAI
11 hingga 12 inci – Untuk mereka yang mahukan kemudahalihan.
13 hingga 14 inci –  Memberikan kestabilan diantara mudah alih dan kebolehgunaan.
 Lebih sesuai untuk pelajar.
15 inci – Mempunyai skrin yang besar dan sesuai untuk mereka yang jarang membawa laptop ke mana-mana.
17 hingga 18 inci – Memberikan laptop keupayaan untuk beroperasi seperti sebuah workstation.
 MEMERIKSA PAPAN KEKUNCI DAN PAD SENTUH
Pastikan anda selesa menggunakan papan kekunci dan pad sentuh kerana anda menggunakannya untuk melakukan kerja, bermain permainan, buat jangka masa yang panjang. Keselesaan adalah penting dalam menjaga kesihatan.
 MEMILIH SPESIKASI YANG SESUAI
Bagi perkara ini, ianya bergantung kepada penggunaan. sekiranya anda bukan seorang power user, bermakna bukan seorang yang bermainan permainan video games atau editor, yang memerlukan laptop dengan spesifikasi yang tinggi, laptop dengan ciri ciri asas sudah memadai.
Spesifikasi laptop yang perlu diambil tahu adalah CPU, RAM, Cip Grafik, dan Hard Disk.
CPU adalah Central Processor Unit atau Unit Pemprosesan Pusat berfungsi sebagai otak laptop kita. Ia memainkan peranan besar dalam menentukan prestasi laptop kita bergantung kepada penggunaan kita.
Jenis CPU

Intel merupakan komponen utama untuk Macbook dan juga kebanyakan laptop-laptop yang menggunakan Windows.
Core i7 –  Merupakan sebuah cip kelas teratas untuk power user. Ia sangat sesuai untuk pemain permainan video games, pereka grafik, jurufoto dan juga juruvideo.
Core i5 – Merupakan cip kelas tengah daripada Intel. Ia cukup berkuasa untuk penggunaan harian. Anda mungkin perlu mengurangkan tetapan grafik untuk bermain permainan video games.
Core i3 – Merupakan entry-level cip dari pada Intel. Prestasinya agak rendah berbanding dengan Core i5.
 Core i3 memadai untuk pelajar.

AMD – Cip yang dicipta oleh AMD kebanyakannya berada di dalam laptop yang berharga rendah.
Cip FX daripada AMD adalah khusus untuk power user yang bermain permainan video games, dan juga multitasking.

RAM

RAM adalah Random Access Memory. Ianya untuk memberikan laptop anda kebolehan untuk multitasking.
Untuk penggunaan biasa, 2GB RAM sudah memadai. Anda boleh menaiktaraf (upgrade) RAM anda dengan menukar atau menambahkan RAM pada slot yang sedia ada.

Cip Grafik (Graphic Video Card)

Jika anda adalah seorang pemain permainan video games, pereka grafik, pereka model, anda memerlukan cip grafik daripada AMD ataupun Nvidia untuk memudahkan proses melakukan kerja anda. AMD dan Nvidia mempunyai pelbagai jenis cip grafik mengikut kepada kemampuan bajet anda.

Hard Disk

Hard disk merupakan komponen penting untuk laptop kita. Pada hard disk inilah kita simpan sistem operasi kita. Tanpa hard disk, laptop kita tidak akan boleh dihidupkan.

Jika anda tidak memerlukan ruang yang banyak, dapatkan laptop yang disertakan dengan SSD untuk mendapatkan tiga kali ganda kelajuan berbanding hard disk biasa.

 KETAHANAN BATERI
Satu lagi perkara yang perlu anda ambil tahu adalah ketahanan hayat bateri. Jika anda hanya gunakan laptop diatas meja berdekatan dengan sumber kuasa, tiada masalah.

Tetapi jika anda ingin menggunakannya ketika anda berada didalam perjalanan, sekurang-kurangnya anda memerlukan laptop yang hayatnya selama 6 jam. 8 jam adalah hayat yang paling ideal.

Ini adalah beberapa tips-tips yang boleh anda gunakan untuk membeli sebuah laptop. Pastikan tujuan penggunaan, dan kemudian anda buatlah pilihan dalam mencari laptop yang sesuai untuk anda.