Pengisytiharan tarikh hari raya Aidiladha Haji Korban 2019 1440H

Tarikh rasmi hari raya Aidiladha di Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 11:05 PM

Siaran pengumuman penetapan tarikh Hari Raya Qurban (Aidiladha) 10 Zulhijjah 1440 Hijrah bersamaan 2018 masihi pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di Malaysia bagi mengetahui tarikh rasmi hari Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Secara umum, umat Islam di Malaysia akan mengetahui lebih awal tarikh Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2019 / 1440 – 1441H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan bahawa 10 Zulhijjah 1440 Hijrah adalah bersamaan 11 Ogos 2019 Masihi.

Sebagai makluman, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2019 di Malaysia akan dimaklumkan melalui pengisytiharan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja pada malam selepas mencerap anak bulan Zulhijjah.

Apabila pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidiladha bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.

Pengumuman ringkas tarikh 1 Zulhijjah 1440H dan 10 Zulhijjah 1440H bagi Hari Raya Aidiladha tahun ini di Malaysia akan disiarkan di TV1.

Lamanwebinfo akan mengemaskini maklumat tarikh 10 Zulhijjah 1440H Hari Raya Aidiladha tahun ini bagi Malaysia selepas pengumuman rasmi di buat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja.

TARIKH RASMI HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2018M-1439H
HijriMiladi
10 Zulhijjah 144011 Ogos 2019
LAPORAN
Akan dikemaskini.