Menu Atas

Pengisytiharan tarikh hari raya puasa Aidilfitri 2018 1439H

15:12 Laman - Web - Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 September 2018 jam 01:08 AM

Siaran pengumuman penetapan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) 1 Syawal 1439 Hijrah bersamaan 2018 masihi pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di Malaysia bagi mengetahui tarikh muktamad hari Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Secara umum, umat Islam di Malaysia akan mengetahui lebih awal tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2018 / 1439 – 1440H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan bahawa 1 Syawal 1439 Hijrah adalah bersamaan 15 Jun 2018 Masihi.

Sebagai makluman, tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 di Malaysia akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Syawal pada petang Khamis 14 Jun 2018 bersamaan 29 Ramadan 1439H.

Apabila pengisytiharan tarikh awal puasa bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.

LAPORAN PENGUMUMAN TARIKH HARI RAYA PUASA (AIDILFITRI) TAHUN INI 2018M 1439H BAGI MALAYSIA

Pengumuman ringkas tarikh 1 Syawal 1439H Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi Malaysia akan disiarkan di TV1 sekitar jam 8 malam, 14 Jun 2018.

Lamanwebinfo akan mengemaskini maklumat tarikh 1 Syawal 1439H Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi Malaysia selepas pengumuman rasmi di buat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

TARIKH HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2018M-1439H
HijriMiladi
1 Syawal15 Jun 2018
LAPORAN
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 15 Jun 2018,” katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.