Siaran langsung Perak vs Kuala Lumpur 25 Ogos 2018 uPM4

Keputusan Perak lwn Kuala Lumpur Piala Malaysia 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 01:01 AM

Aksi peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan keempat dengan menyaksikan perlawanan ke-4 (uPM4) turut membabitkan pasukan Perak menentang Kuala Lumpur bagi perlawanan kumpulan A yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 25 Ogos 2018.

Pertemuan saingan Piala Malaysia 2018 kumpulan A membabitkan Perak dan Kuala Lumpur sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan terbaik dan sengit.

Perak sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat mengutip 3 mata berharga dalam saingan peringkat kumpulan A Piala Malaysia 2018.

Sementara itu, perlawanan ini diibaratkan misi ‘hidup mati’ buat pasukan Kuala Lumpur kerana hanya kemenangan keatas Perak sahaja dapat mencerahkan laluan ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia 2018.

Berdasarkan kedudukan carta kumpulan A setakat tiga perlawanan, Perak berada di tangga ke-2 dengan 4 mata manakala Kuala Lumpur pula dikedudukan ke-3 dengan 3 mata.

Pertembungan ini akan menjadi pentas kebangkitan oleh pasukan Kuala Lumpur dan sudah tentu menjadi tumpuan kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh Perak mahupun Kuala Lumpur.

KEPUTUSAN TERKINI PERAK VS KUALA LUMPUR 25.8.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (uPM4)
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan ke-4 melibatkan pasukan Perak melawan Kuala Lumpur berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-4 kumpulan A Unifi Piala Malaysia 2018 (uPM4) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Perak lawan (lwn) Kuala Lumpur.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Perak10K.Lumpur
Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.
Penjaring GolKumpulan APenjaring Gol
19′ Nasir