Siaran langsung Perak vs Pahang 14 Julai 2018 Liga Super

Keputusan Perak lwn Pahang Liga Super 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 09:48 PM

Aksi Liga Super Malaysia saingan minggu ke-19 (LS19) turut menyaksikan pertemuan di antara skuad Perak The Bos Gaurus (TBG) menentang Pahang dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 14 Julai 2018.

Pertemuan Liga Super membabitkan Perak dan Pahang sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik serta sengit.

Kelebihan awal bagi aksi ini adalah kepada Perak yang bermain di gelanggang sendiri sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat menambah 3 mata berharga dalam carta Liga Super 2018.

Pahang selaku pasukan pelawat, mereka pastinya tidak gentar untuk berdepan Perak yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan Perak yang berupaya mencipta kejutan.

Kedudukan carta Liga Super 2018 setakat lapan belas perlawanan yang telah berlalu menyaksikan pasukan Perak berada di kedudukan ke-2 dengan 31 mata hasil daripada sembilan kemenangan dan empat seri.

Sementara pasukan Pahang pula dengan kutipan 29 mata sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-5 Liga Super 2018 setakat ini.

KEPUTUSAN TERKINI PERAK VS PAHANG 14.7.2018 LIGA SUPER
Aksi Liga Super minggu ke-19 (LS19) melibatkan pasukan Perak melawan Pahang berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Perak, Ipoh.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-19 Liga Super Malaysia 2018 (LS19) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan Perak lawan (lwn) Pahang.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Perak11Pahang
Stadium Perak, Ipoh
Penjaring GolPenjaring Gol
24′ NorhakimShahrul Idlan 15′