Permohonan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) 2019

Maklumat permohonan online SMT dan KV 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 November 2018 jam 11:58 PM

Pelajar atau murid lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh membuat permohonan kemasukan untuk Program Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) bagi tahun 2019.

Permohonan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui sistem aplikasi SPTV yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) merupakan sekolah menengah atas yang memberi peluang kepada pelajar atau murid yang mempunyai kecenderungan minat terhadap Pendidikan Sains, Teknikal, Kemahiran dan Teknologi untuk memenuhi tenaga kerja yang ditawarkan dalam bidang industri Negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menawarkan program-program yang membolehkan pelajar berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Di antara Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) yang mana lebih bagus? Inilah persoalan yang sering ditanya.

Secara ringkasnya, pelajar yang mengikuti program Sekolah Menengah Teknik (SMT) lebih menjurus kepada teori manakala pelajar yang mengikuti program Kolej Vokasional (KV) lebih menjurus kepada kemahiran teknikal.

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)
Sekolah Menengah Teknik kebiasaannya memerlukan pencapaian akademik yang lebih baik. Mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah teknik adalah lebih menjurus kepada teori berbanding praktikal. 
Pelajar-pelajar sekolah menengah jenis ini dibentuk supaya menjadi seorang jurutera atau memegang peranan besar dalam pengkhususan bidang masing-masing.
Walau bagaimanapun, ada graduan sekolah menengah teknik yang menjadi mekanik misalnya, walaupun mereka mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal. Antara subjek yang dimuatkan dalam silibus ialah fizik, kimia, biologi dan lukisan kejuruteraan. Subjek-subjek ini boleh berubah mengikut kursus.
KOLEJ VOKASIONAL (KV)
Kolej vokasional menyediakan latihan kemahiran.
PERMOHONAN ONLINE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) DAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) AMBILAN 2019
Permohonan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) boleh dilakukan secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui sistem aplikasi SPTV yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila klik pada judul pautan dalam ruangan di bawah untuk ke laman sistem aplikasi permohonan SMT dan KV.
TARIKH PERMOHONAN ONLINE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) DAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) AMBILAN 2019
DibukaDitutup
15 Oktober 201820 Disember 2018
SISTEM APLIKASI PERMOHONAN ONLINE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) DAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) AMBILAN 2019
Click Link 1Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Giatmara Dan WISDEC Ambilan 2019
Info1Selain Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), permohonan program kemahiran di GIATMARA dan Wood Industry Skill Development Center (WISDEC) turut boleh dibuat melalui aplikasi sistem permohonan yang sama.
Info1Sistem aplikasi permohonan hanya akan dibuka (diaktifkan) bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan.
NOTA PENTING
Sila pastikan membuat permohonan berdasarkan atau mengikut Aliran Murid Tingkatan 3 Tahun 2018.
Setelah memilih permohonan mengikut aliran masing-masing, pemohon boleh mengakses sistem borang permohonan online dengan mengisi no. My Kad pada ruangan yang tersedia.
Sekiranya pemohon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), sila maklumkan perkara ini kepada guru kelas atau pihak sekolah.
Sila dapatkan maklumat lengkap seperti syarat kelayakan dan program / kursus yang ditawarkan menerusi menu-menu yang terdapat pada bahagian Info Kemasukan dalam laman sistem aplikasi permohonan.
TARIKH PENTING : KEMASUKAN MURID BAGI PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, GIATMARA & WISDEC AMBILAN 2019
TarikhPerkara
15 Oktober hingga 20 Disember 2018Permohonan online dibuka
4 Januari hingga 17 Januari 2019 Sesi temubual dan  pemilihan
18 Januari hingga 22 Januari 2019Bagi murid Aliran Perdana, semakan tawaran bagi pemohon online di laman sesawang KPM
Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat
23 Januari 2019Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2018 (Aliran Perdana)
24 Januari hingga 28 Februari 2019Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2018 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC
 12 Februari 2019Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2018 (Aliran PAV)
13 Februari hingga 28 Februari 2019Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2018 ke GIATMARA / WISDEC
Info1Walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat & syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pautan https://www.moe.gov.my