Siaran langsung keputusan JDT vs Perak Piala Sumbangsih 2 Februari 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:41 AM

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak akan berentap pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Kedua-dua pasukan layak beraksi membuat perhitungan untuk merebut kejuaraan Sumbangsih apabila JDT dan Perak memegang status selaku juara Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu (2018).

Pertemuan JDT dan Perak juga menjadi aksi pembuka tirai Liga Super 2019, namun aura perlawanan Piala Sumbangsih dikatakan masih tidak dapat menandingi keistimewaan Piala Malaysia, Piala FA mahupun trofi Liga Super dan Liga Premier.

Hakikatnya, Piala Sumbangsih mempunyai sejarah serta keistimewaan tersendiri dan ianya merupakan satu perlawanan yang diadakan sebagai simbolik pembukaan liga sebaik musim baharu bermula. Ia bukan sekadar perlawanan biasa kerana Piala Sumbangsih menemukan dua pasukan juara.

Justeru, Piala Sumbangsih ini wajar diangkat sebagai perlawanan yang sentiasa ditunggu-tunggu, bukan sahaja kepada penyokong kedua-dua pasukan yang bersaing, malah seluruh peminat bola sepak tempatan.

Piala Sumbangsih 2019 selain dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2019 adalah sebuah kejohanan Piala Sumbangsih yang ke-34 dan juga menjadi perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim baharu Liga Malaysia

Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada Liga Malaysia musim 1985 telah ditukar beberapa kali formatnya. Format terkini yang digunapakai sehingga sekarang adalah bermula musim Liga Malaysia 2011 yang menyaksikan pasukan merangkul kejuaraan Piala Malaysia akan menentang Juara Liga Super Malaysia.

KEPUTUSAN LANGSUNG JDT VS PERAK PIALA SUMBANGSIH / LIGA SUPER 2019

Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan Piala Sumbangsih 2019 antara JDT lawan (lwn) Perak yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS PERAK 2.2.2019 PIALA SUMBANGSIH
Aksi perlawanan Piala Sumbangsih 2019 melibatkan pasukan JDT melawan Perak berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
JDT 10 Perak
Stadium Larkin
Penjaring GolSumbangsihPenjaring Gol
41′ Gonzalo Cabrera
JUARA PIALA SUMBANGSIH 2019
 Johor Darul Ta’zim
MAKLUMAT BERKAITAN
Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan