SUKMA 2018 carta jumlah pungutan pingat dan kedudukan

Kedudukan carta dan jumlah kutipan pingat terkini SUKMA 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 12:47 AM

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 menyaksikan negeri Perak selaku tuan rumah kini sudah bersedia menerima kehadiran kontinjen dari seluruh negeri yang akan bersaing dari 12 hingga 22 September 2018 membabitkan 39 venue pertandingan di 12 daerah.

Pada SUKMA edisi ke-19 sebanyak 29 acara akan dipertandingkan termasuk taekwondo, sepak takraw dan angkat berat selain 10 acara berpasukan.

Maskot rasmi SUKMA XIX 2018 adalah Seladang yang diberi nama ‘Chor’. Nama diberi bersempena dengan panggilan sulung dalam keluarga mengikut dialek negeri Perak.

Ianya direka memakai baju sukan berwarna putih manakala pipi Seladang berwarna kuning sekali gus melambangkan warna-warna yang terdapat di dalam bendera Negeri Perak Darul Ridzuan.

Selain itu, Seladang menggambarkan kekuatan dan semangat yang bermaksud sukan bukan sahaja menguji kekuatan mental dan fizikal atlet tetapi melangkaui batas keupayaan berdasarkan semangat jiwa yang membara.

Logo rasmi SUKMA XIX Perak 2018 terdiri daripada dua elemen iaitu Elemen Manusia (simbol manusia) dan Elemen Gelombang Air.

Elemen Manusia (simbol manusia) mewakili semangat juang para atlet ditahap tertinggi mencapai kejayaan serta mampu  memberikan impak positif  bagi seseorang yang bergelar atlet.

Elemen Gelombang air melambangkan Sungai Perak sebagai sungai kedua yang terpanjang di Semenanjung Malaysia yang menjadi sumber keperluan asas kepada penduduk di Negeri Perak.

Dalam pada itu, WOW! Kita Hebat! telah dipilih sebagai slogan rasmi SUKMA XIX Perak 2018. WOW! merujuk kepada World Of Wonders. Pengiktirafan daripada pihak Lonely Planet kepada Negeri Perak Darul Ridzuan, sempena tahun melawat Perak 2017.

Sementara Wow! Kita The Greatest! merupakan judul lagu rasmi SUKMA XIX Perak 2018.

Terdahulu pada SUKMA Sarawak 2016, negeri Selangor muncul juara keseluruhan dengan 59 emas, 73 perak, 64 gangsa manakala tuan rumah di tempat kedua, 57 emas, 43 perak, 59 gangsa manakala Perak di tangga ke-12 dengan mengutip 12 emas 26 (perak) dan 34 (gangsa).

LOGO RASMI SUKMA 2018 PERAK
Logo Rasmi SUKMA 2018
MASKOT RASMI SUKMA 2018 PERAK
Maskot Rasmi SUKMA 2018
INFO SUKMA 2018 PERAK
Tuan RumahPerak
SloganWow! Kita Hebat!
Upacara Pembukaan 11 September 2018
Upacara penutup22 September 2018
SENARAI SUKAN SUKMA 2018 PERAK
Akuatik SUKMA 2018AkuatikAngkat Berat SUKMA 2018Angkat BeratBadminton SUKMA 2018BadmintonBola Baling SUKMA 2018Bola Baling
Bola Keranjang SUKMA 2018Bola KeranjangBola Sepak SUKMA 2018Bola SepakFutsal SUKMA 2018FutsalBoling Padang SUKMA 2018Boling Padang
Bola Jaring SUKMA 2018Bola JaringGimrama SUKMA 2018GimramaGolf SUKMA 2018GolfGimnastik SUKMA 2018Gimnastik
Hoki SUKMA 2018HokiJudo SUKMA 2018JudoKarate SUKMA 2018KarateKriket SUKMA 2018Kriket
Memanah SUKMA 2018MemanahMenembak SUKMA 2018MenembakMuay SUKMA 2018MuayOlahraga SUKMA 2018Olahraga
Pencak Silat SUKMA 2018Pencak SilatPetanque SUKMA 2018PetanqueRagbi SUKMA 2018RagbiSepak Takraw SUKMA 2018Sepak Takraw
Skuasy SUKMA 2018SkuasyTenpin Boling SUKMA 2018Tenpin BolingTinju SUKMA 2018TinjuWushu SUKMA 2018Wushu
Berbasikal SUKMA 2018BerbasikalTaekwondo SUKMA 2018TaekwondoPelayaran SUKMA 2018Pelayaran
CARTA JUMLAH PUNGUTAN PINGAT KESELURUHAN SUKMA 2018
NoKontinjenPingat EmasEmasPingat PerakPerakPingat GangsaGangsaTotal
1Bendera Negeri Terengganu Terengganu565153160
2Wilayah Persekutuan W. Persekutuan523850140
3Bendera Negeri Selangor Selangor476867182
4Bendera Negeri Sarawak Sarawak423660138
5Bendera Negeri Perak Perak375055142
6Bendera Negeri Pahang Pahang33203083
7Bendera Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang32303193
8Bendera Negeri Sabah Sabah322846106
9Bendera Negeri Johor Johor293437100
10Bendera Negeri Kedah Kedah19202968
11Bendera Negeri Melaka Melaka18181854
12Bendera Negeri Sembilan Negeri Sembilan13184374
13Negeri Perlis Perlis1271332
14Bendera Negeri Kelantan Kelantan671326
15Brunei 1 Brunei0134
Info1Kedudukan ranking negeri dan jumlah kutipan pingat yang dinyatakan adalah tepat berdasarkan keputusan rasmi (Official Result) SUKMA 2018.