Jadual dan keputusan perlawanan persahabatan pra musim JDT 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 06:08 AM

Kelab bola sepak Liga Thailand masih menjadi pilihan buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengadakan perlawanan persahabatan pramusim bagi tahun 2019.

Corak permainan, tahap bola sepak yang berkualiti dan jarak yang tidak terlalu jauh dengan Malaysia merupakan di antara faktor kelab bola sepak Thailand menjadi pilihan.

Selain itu, perlawanan pramusim juga menjadi medan buat barisan kejurulatihan menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain serta mempersiapkan pasukan JDT untuk mengharungi saingan domestik yang kian mencabar tahun demi tahun.

Untuk makluman kepada penyokong dan peminat setia skuad Harimau Selatan (Johor Southern Tigers), JDT telah merancang 3 buah perlawanan persahabatan dengan bertemu Ratchaburi Mitrphol FC, Bangkok United FC dan PTT Rayong FC bermula 17 hingga 23 Januari 2019

Bangkok United merupakan naib juara Liga Thai 1 dan PTT Rayong FC pula merupakan juara divisyen dua bola sepak Thailand musim 2018.

JDT semestinya akan menjadikan perlawanan pramusim ini untuk mempersiapkan sebuah skuad yang terbaik bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC dan juga misi mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimiliki.

JADUAL PENUH DAN KEPUTUSAN PERSAHABATAN PRA MUSIM JDT DI THAILAND 2019
TarikhHomeResultAway
17 JanRatchaburi Mitr Phol 21 JDT
20 JanBangkok United FC 22 JDT
23 JanPTT Rayong FC 13 JDT