Niat puasa sunat hari Arafah 2019 yang betul

Tarikh rasmi berpuasa Arafah 2019 di Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 November 2018 jam 11:00 PM

Hari Arafah, iaitu hari 9 Zulhijjah yang menjadi penentu dan syarat kelangsungan ibadah haji. Umat Islam yang menunaikan haji akan berkumpul di Padang Arafah untuk melakukan ibadah wuquf (berhenti seketika) di samping mendengar khutbah sebelum menunaikan solat zuhur, asar dan berdoa serta berzikir mengingati Allah SAW pada hari tersebut hingga terbenam matahari.

Arafah bermakna pengenalan dan tanda, bersempena nama sebuah bukit yang terletak 19 kilometer dari Mekah. Diriwayatkan bahawa di situlah tempat pertemuan antara Nabi Adam a.s. dengan isterinya Hawa setelah diperintahkan turun dari syurga ke bumi.

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji pada bulan ini, mereka amatlah digalakkan untuk melaksanakan puasa sunat pada hari Arafah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Puasa hari Arafah, ku mengharap agar Allah SWT mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya,” – Riwayat Muslim.

Umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1439 Hijrah mengikut kalendar setempat (Malaysia), menurut pakar rujuk ibadah haji.

Kenyataan ini bagi menjelaskan kekeliruan di kalangan sebilangan umat Islam mengenai tarikh puasa sunat Arafah sama ada perlu mengikut kalendar setempat atau kalendar Arab Saudi.

Marilah kita memanfaatkan nikmat kehidupan dan kesihatan kurniaan Allah SWT dalam meneruskan kesinambungan pengabdian diri kepada-Nya terutama di dalam bulan Zulhijah yang mulia ini. Waspada terhadap sebarang usaha dan gerak laku yang dilakukan oleh syaitan dan jenteranya dalam menyelewengkan kehidupan beragama kita pada zaman yang penuh dengan dugaan dan pancaroba ini.

9 ZULHIJJAH 1440 HIJRAH DI MALAYSIA BERSAMAAN
.
LAFAZ NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH
Niat Sahih Puasa Sunat Hari Arafah Wukuf
Tiada niat khusus bagi puasa sunat Hari Arafah. Selain lafaz niat seperti lampiran di atas, bagi yang mahu berpuasa sunat Arafah boleh memilih salah satu di antara niat seperti di bawah:-
1. Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala.
2. Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala.