Semakan keputusan permohonan murid tahun 1 ambilan 2019-2020

Semakan keputusan permohonan murid darjah 1 2019-2020

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 21 November 2018 jam 03:08 AM

Semakan keputusan permohonan ke tahun 1 untuk anak / jagaan ambilan 2019/2020 boleh dibuat oleh ibu bapa dan penjaga melalui modul pendaftaran murid Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM (SPATKPM).

Pengguna SPATKPM atau Ibu bapa dan penjaga boleh mengetahui keputusan permohonan pendaftaran darjah 1 untuk anak / jagaan masing-masing dengan log masuk akaun SPATKPM bermula pada tarikh pengumuman keputusan permohonan yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sesi kemasukan persekolahan tahun 2019 adalah untuk kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 hingga 1.1.2013 manakala sesi kemasukan persekolahan tahun 2020 adalah untuk Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2013 hingga 1.1.2014.

Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual. Selain dapat memudahkan urusan ibu bapa dan melancarkan dokumentasi pentadbiran sekolah.

Sebagai makluman, tarikh semakan keputusan permohonan murid ke tahun 1 ambilan 2019/2020 akan diberitahu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi moe.gov.my.

Maklumat semakan status permohonan murid tahun satu turut akan dikemaskini oleh Laman Web Info melalui ruangan di bawah.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN ANAK KE TAHUN 1 2019/2020
DibukaDitutup
Julai / Ogos 2018
MAKLUMAT SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN PERMOHONAN TAHUN 1 2019/2020
 Ibubapa dan penjaga perlu log masuk (daftar masuk) ke dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) yang sama dengan mengunakan maklumat Daftar Masuk (No Kad Pengenalan dan Kata Laluan) yang digunakan semasa membuat permohonan sebelum ini.
Daftar Masuk SPATKPM » Tahun 1 » Semak Permohonan
SISTEM SPATKPM
https://public.moe.gov.my
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Untuk keterangan lanjut dan maklumat berkaitan, ia boleh didapati melalui laman Modul Pendaftaran Murid Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM).