Semakan keputusan PSPM PST PDT 2018-2019 peperiksaan Matrikulasi

Tarikh semakan keputusan peperiksaan semester program Matrikulasi

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 21 November 2018 jam 03:16 AM

Calon-calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) yang telah selamat menduduki PSPM Program matrikulasi Satu Tahun (PST) dan Program matrikulasi Dua Tahun (PDT) semester II dan IV sesi 2017/2018 boleh mendapat keputusan masing-masing berdasarkan ketetapan hebahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehingga kini sudah begitu ramai lepasan program matrikulasi mampu memperoleh kejayaan dalam pelbagai bidang kerjaya, baik di dalam sektor awam, swasta mahupun mengendalikan firma profesional sendiri setelah tamat pengajian di peringkat universiti di dalam dan luar negara.

Malah sejak lebih sedekad lalu program matrikulasi bukan lagi untuk pelajar Melayu semata-mata tetapi juga dibuka kepada kaum-kaum lain sekali gus membawa beberapa kebaikan kepada pelajar termasuk mewujudkan persefahaman dan persaingan sihat di samping meningkatkan tahap kematangan dalam berfikir dan bertindak.

Program Matrikulasi KPM ­bukan sahaja menerapkan ke­fahaman konsep dan nilai ke­negaraan serta kepemimpinan dalam minda dan jati diri pelajar malah turut memastikan amalan nilai tersebut dipraktikkan secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

Berikut ialah maklumat perincian berkaitan tarikh, bersertakan cara untuk mendapatkan keputusan (result) dan kaedah yang disediakan untuk membuat semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) berdasarkan pengumuman oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PSPM – PST & PDT
TarikhJam
13 Jun 201810:00 Pagi
MAKLUMAT KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN PSPM
Calon PSPM, PST, Semester II, Sesi 2017/2018 dan PSPM, PDT, Semester II & IV, Sesi 2017/2018 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai 13 Jun 2018 (Rabu) jam 10.00 pagi melalui kaedah berikut:
 SEMAKAN PSPM SECARA ONLINE
Sistem Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi Online
 SEMAKAN PSPM SECARA SMS
Taip MOE MAK (no. kad pengenalan) dan hantar ke 15888
 SEMAKAN PSPM MELALUI KOLEJ
Edaran slip keputusan peperiksaan
 SEMAKAN PSPM MELALUI TELEFON
i. Kolej masing-masing.
ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4020 atau 03-8884 4108
BERKAITAN
Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my.