Menu Atas

Saps semakan ibu bapa pelajar keputusan peperiksaan 2018 sekolah rendah menengah

01:01 Laman Web Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 September 2018 jam 12:48 AM

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara dalam talian (online) yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah serta Ibu Bapa ataupun Pelajar itu sendiri.

Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Dengan adanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimakan.

SAPS juga boleh dijadikan Early Warning System kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).

Setiap guru mata pelajaran boleh mengakses sistem ini untuk memasukkan data keputusan setiap pelajar yang diajar mengikut peperiksaan yang telah ditetapkan.

Ini akan mengurangkan beban guru kelas yang sebelum ini yang terpaksa memasukkan data keputusan semua mata pelajaran untuk mendapatkan analisis sesuatu peperiksaan.

Ibu bapa turut mendapat kebaikan sistem SAPS dimana ibu bapa boleh membuat semakan keputusan ujian peperiksaan sekolah anak masing-masing secara online sekali gus dapat memantau prestasi belajar anak-anak dan secara tidak langsung terlibat dengan perkembangan pembelajaran anak mereka di sekolah.

Bagi ibu bapa atau pelajar sendiri yang mahu membuat semakan keputusan markah, gred bagi ujian dan peperiksaan dalaman sekolah boleh menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Berikut adalah panduan ringkas berhubung dengan penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi membuat semakan keputusan ujian dan peperiksaan sekolah rendah dan menengah.

Saps semakan ibu bapa pelajar keputusan peperiksaan 2018 sekolah rendah menengah
Saps semakan ibu bapa pelajar keputusan peperiksaan 2018 sekolah rendah menengah
SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) KPM
Saps semakan ibu bapa pelajar keputusan peperiksaan 2018 sekolah rendah menengahIBU BAPASaps semakan ibu bapa pelajar keputusan peperiksaan 2018 sekolah rendah menengahGURU
Semakan SAPSLogin SAPS
Saps semakan ibu bapa pelajar keputusan peperiksaan 2018 sekolah rendah menengahPortal Rasmi NKRA SAPS Semakan Ibu Bapa – Keputusan Peperiksaan PelajarSaps semakan ibu bapa pelajar keputusan peperiksaan 2018 sekolah rendah menengahNKRA Pendidikan – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Saps semakan ibu bapa pelajar keputusan peperiksaan 2018 sekolah rendah menengah
Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dengan klik pada judul pautan Semakan SAPS dalam ruangan di atas.
Ibu bapa atau pelajar boleh mengetahui langkah penggunaan seterusnya dengan mengikut setiap arahan yang dipaparkan dalam Portal Rasmi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA) KPM.
Data keputusan ujian / markah, gred bagi peperiksaan terkini adalah mengikut jadual tugasan yang telah disediakan selain turut bergantung kepada masa yang diambil oleh guru kelas dan guru mata pelajaran dalam membekalkan data keputusan peperiksaan ke dalam sistem SAPS NKRA.