Semakan keputusan tawaran Sekolah Menengah Teknik SMT dan Kolej Vokasional KV 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 06:28 AM

Pelajar atau murid lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah mengemukakan permohonan kemasukan Program Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) bagi tahun 2019 boleh membuat semakan untuk mengetahui keputusan sama ada berjaya atau tidak mendapat tawaran ke KV atau SMT.

Sebelum ini, permohonan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) telah dibuka kepada pelajar yang berkenaan secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui sistem aplikasi SPTV Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) merupakan sekolah menengah atas yang memberi peluang kepada pelajar atau murid yang mempunyai kecenderungan minat terhadap Pendidikan Sains, Teknikal, Kemahiran dan Teknologi untuk memenuhi tenaga kerja yang ditawarkan dalam bidang industri Negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menawarkan program-program yang membolehkan pelajar berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Secara ringkasnya, pelajar yang mengikuti program Sekolah Menengah Teknik (SMT) lebih menjurus kepada teori manakala pelajar yang mengikuti program Kolej Vokasional (KV) lebih menjurus kepada kemahiran teknikal.

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)
Sekolah Menengah Teknik kebiasaannya memerlukan pencapaian akademik yang lebih baik. Mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah teknik adalah lebih menjurus kepada teori berbanding praktikal. 
Pelajar-pelajar sekolah menengah jenis ini dibentuk supaya menjadi seorang jurutera atau memegang peranan besar dalam pengkhususan bidang masing-masing.
Walau bagaimanapun, ada graduan sekolah menengah teknik yang menjadi mekanik misalnya, walaupun mereka mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal. Antara subjek yang dimuatkan dalam silibus ialah fizik, kimia, biologi dan lukisan kejuruteraan. Subjek-subjek ini boleh berubah mengikut kursus.
KOLEJ VOKASIONAL (KV)
Kolej vokasional menyediakan latihan kemahiran.
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) DAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) AMBILAN 2019
Semakan keputusan tawaran Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) boleh dilakukan secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui sistem aplikasi SPTV yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila klik pada judul pautan dalam ruangan di bawah untuk ke laman sistem aplikasi semakan tawaran SMT dan KV.
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) DAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) AMBILAN 2019
DibukaDitutup
18 Januari 2019.
SISTEM APLIKASI SEMAKAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) DAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) AMBILAN 2019
 Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Giatmara Dan WISDEC Ambilan 2019
Selain Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), keputusan tawaran program kemahiran di GIATMARA dan Wood Industry Skill Development Center (WISDEC) turut boleh di semak melalui aplikasi sistem semakan yang sama.
Sistem aplikasi semakan tawaran hanya akan dibuka (diaktifkan) bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan.
TARIKH PENTING : KEMASUKAN MURID BAGI PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, GIATMARA & WISDEC AMBILAN 2019
TarikhPerkara
15 Oktober hingga 20 Disember 2018Permohonan online dibuka
4 Januari hingga 17 Januari 2019 Sesi temubual dan  pemilihan
18 Januari hingga 22 Januari 2019Bagi murid Aliran Perdana, semakan tawaran bagi pemohon online di laman sesawang KPM
Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat
23 Januari 2019Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2018 (Aliran Perdana)
24 Januari hingga 28 Februari 2019Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2018 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC
 12 Februari 2019Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2018 (Aliran PAV)
13 Februari hingga 28 Februari 2019Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2018 ke GIATMARA / WISDEC
Walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat & syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pautan