Keputusan STPM 2018 semester 3 tarikh keluar pada bulan Februari 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:34 AM

Keputusan peperiksaan Penggal 3 (P3) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2018 akan diumumkan keluar pada bulan Februari 2019.

Tarikh yang tepat (rasmi) akan dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui portal rasmi MPM.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), keputusan peperiksaan yang dipapar pada penyata keputusan penggal 3 (P3) STPM 2018 bukan keputusan peperiksaan keseluruhan STPM.

Sebagai makluman, keputusan peperiksaan penggal sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Keputusan peperiksaan Penggal 3 (P3) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2018 akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam bulan Februari 2019. Tarikh yang tepat (rasmi) akan dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui portal rasmi MPM.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan pantas keputusan peperiksaan Penggal 3 (P3) STPM 2018 iaitu secara dalam talian (online) dan SMS.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan peperiksaan Penggal 3 (P3) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2018.

KEPUTUSAN STPM 2018 PENGGAL 2 (P2) DIUMUMKAN
TarikhJam
Februari 201910:00 Pagi
Tarikh yang tepat (rasmi) akan dikemaskini selepas pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) .
SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2018 PENGGAL 3 SECARA ONLINE
Keputusan peperiksaan Penggal 3 (P3) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semakan secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan berikut.
Check STPM Result P3
 Sistem aplikasi bagi semakan keputusan STPM Penggal 3 2018 hanya diaktifkan bermula pada tarikh keputusan yang akan diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2018 PENGGAL 3 SECARA SMS
Semakan keputusan Penggal 3 STPM 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format teks mesej penghantaran seperti di bawah.
Taip: STPM (jarak) RESULTP3 (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888
Contoh: STPM RESULTP3 990327036455 SMS ke 15888