Tarikh penting kalendar hijrah bulan Islam 2019-1440H Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 11 November 2018 jam 06:01 PM

Seluruh umat Islam sedia maklum bahawa kalendar Islam bermula ekoran dari peristiwa Hijrah tahun 622 Masihi, ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Perkataan Hijrah dipilih sebagai nama kalendar Islam kerana merupakan simbol perbezaan antara kebenaran daripada kebatilan.

Hakikatnya, kalendar Islam telah diasaskan 17 tahun selepas peristiwa tersebut. Individu yang bertanggungjawab dalam pengasasan kalendar Islam adalah khalifah Islam yang ke empat, Umar al-Khattab r.a, untuk digunakan dalam pentadbiran empayar baru.

Kalendar Islam ini mengikut sistem pusingan bulan. Umat Islam bukanlah satu-satunya masyarakat yang menggunakan kalendar mengikut sistem ini. Tamadun purba seperti Babylon, Greek, Mesir, Aztec, Hindu dan China turut menggunakan sistem lunar.

Namun, keistimewaannya bagi umat Islam adalah kerana mereka bergantung kepada sistem ini untuk menyempurnakan amal ibadat dan juga keperluan harian dalam menentukan waktu.

Sama seperti kalendar solar, kalendar Islam juga mempunyai 12 bulan. Nama bulan-bulan ini diambil daripada kalendar yang pernah digunakan oleh kaum jahiliah di Mekah sebelum kedatangan Islam.

Berikut merupakan senarai perincian bagi Kalendar atau Takwim Bulan Islam serta tarikh-tarikh penting (Hari Perayaan dan Kebesaran) dalam Islam bagi Malaysia tahun 1440H-1441H (Hijrah) bersamaan 2019M (Masihi).

Sebagai makluman, perincian takwim dan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 1440H-1441H / 2019M disertakan ini merupakan yang rasmi berdasarkan rujukan yang telah dibuat oleh Laman Web Info terhadap takwim serta tarikh-tarikh penting dalam Islam sepertimana yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

LAMPIRAN KALENDAR ISLAM 1440-1441 HIJRAH / 2019 MASIHI (MALAYSIA)
PDF FormatClick LinkKalendar Bulan Islam 1440-1441 Hjrah (2019 Masihi)
TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2019 / 1440-1441H MALAYSIA
Tarikh Hijri (1440)Tarikh Miladi (2019)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab3 AprilIsrak dan Mikraj
1 Ramadan*6 MeiAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadan22 MeiNuzul Al-Quran
1 Syawal*5 JunHari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah2 OgosAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*11 OgosHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14411 SeptemberAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 14419 NovemberMaulidur Rasul
Info1Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
TARIKH PENTING ISLAM 1440-1441 HIJRAH / 2019 MASIHI
Takwim Islam 2019