Tarikh pembayaran bonus penjawat kakitangan awam bajet 2019

Bayaran khas kakitangan awam dalam bajet 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 27 November 2018 jam 05:53 PM

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentangan Belanjawan (Bajet) 2019 telah mengumumkan bayaran khas (bonus) sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan.

Berbanding pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, kerajaan Pakatan Harapan akan menyalurkan bayaran khas itu sebelum hujung tahun 2018.

Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam.

Selain mengharapkan Kerajaan memberi keutamaan terhadap kebajikan penjawat awam yang banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan negara.

Ini kerana majoriti penjawat awam di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Johor dan Selangor menghadapi kos sara hidup yang tinggi dan membebankan mereka.

MAKLUMAT PEMBAYARAN KHAS (BONUS) KAKITANGAN AWAM BAJET 2019

RM500

Penjawat AwamPenjawat Awam
Bayaran akan dibuat sebelum hujung tahun 2018
Info1Tarikh yang tepat akan dinyatakan selepas pengumuman rasmi daripada kerajaan