Jadual tarikh cuti sekolah tahun 2019 Malaysia

Takwim penggal persekolahan KPM

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 3 Disember 2018 jam 09:37 AM

Cuti sekolah bagi penggal persekolahan tahun 2019 akan tiba tidak lama lagi. Mereka yang paling seronok ialah anak-anak di bangku persekolahan. Sudah tentu ketibaan cuti penggal dan pertengahan tahun serta cuti akhir tahun memang dinanti-nantikan. Inilah masa untuk melarikan diri buat sementara daripada alam persekolahan.

Lain pula cerita bagi sesetengah ibu bapa kerana cuti sekolah akan mendatangkan kegelisahan kepada mereka berikutan cabaran yang menanti antaranya cara bagaimana untuk memastikan masa lapang anak-anak diisi dengan aktiviti berfaedah dan bermanfaat.

Sebenarnya sebagai ibu bapa, seharusnya mengajar anak-anak supaya menggunakan masa dengan bijak. Masa cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakan terus pelajaran.

Semua pihak terutamanya keluarga mesti memainkan peranan dalam mengatur pengisian waktu berkualiti dengan aktiviti berfaedah semasa cuti panjang ini sebagai sebahagian daripada proses pendidikan berterusan.

Sama ada ibu bapa atau anak-anak, mereka tidak boleh menganggap bahawa cuti sekolah bermakna buku pun turut bercuti.

Sebagai mengisi masa, anak-anak mesti digalakkan ke perpustakaan untuk membaca, membuat rujukan dan sebagainya. Ibu bapa juga mestilah membeli bahan-bahan bacaan untuk anak-anak supaya mereka dapat mengisi masa di rumah dengan kerja-kerja berfaedah. Oleh itu, cuti sekolah bukanlah cuti membaca.

Perancangan musim cuti sekolah untuk anak-anak sangat penting supaya masa cuti ini diisi dengan perkara-perkara berfaedah.

Ringkasnya, ibu bapa seharusnya memberikan pengisian yang berfaedah kepada anak-anak bagi mengelak mereka terjebak dalam perlakuan negatif dan juga insiden tidak diingini yang akhirnya merugikan semua pihak. Justeru itu, beringatlah sebelum kena dan berwaspadalah sebelum terjadi.

Bahagian pengurusan sekolah harian dan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerbitkan perincian takwim jadual rasmi penggal persekolahan bagi tahun 2019 melalui portal rasmi KPM.

Takwim persekolahan dan cuti penggal, cuti pertengahan serta cuti akhir tahun tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia.

SEKOLAH KUMPULAN A – KEDAH, JOHOR, KELANTAN DAN TERENGGANU
Perkara CutiTarikh
Pertengahan Penggal 122 Mac 2019 hingga 30 Mac 2019
Pertengahan Tahun 24 Mei 2019 hingga 8 Jun 2019
Pertengahan Penggal 29 Ogos 2019 hingga 17 Ogos 2019
Akhir tahun22 November 2019 hingga 31 Disember 2019
LAMPIRAN
Jadual Takwim Sekolah 2019 A
SEKOLAH KUMPULAN B – PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, N. SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WP KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA
CutiTarikh
Pertengahan Penggal 123 Mac 2019 hingga 31 Mac 2019
Pertengahan Tahun25 Mei 2019 hingga 9 Jun 2019
Pertengahan Penggal 210 Ogos 2019 hingga 18 Ogos 2019
Akhir tahun23 November 2019 hingga 31 Disember 2019
LAMPIRAN
Jadual Takwim Sekolah 2019 B
ChecklistPDF Format (Sumber Rasmi) – Takwim Persekolahan Tahun 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia