Menu Atas

Tarikh hari raya puasa Aidilfitri 2018 1439H di Malaysia

13:36 Laman Web Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 Mei 2018 jam 02:47 PM

Secara umum, umat Islam di Malaysia akan mengetahui tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Apabila pengisytiharan tarikh hari raya Aidilfitri bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.

Dari segi pelaksanaannya pula, kaedah rukyah dan hisab dengan syarat Imkanur-Rukyah saling memenuhi keperluan antara satu sama lain.

Melihat anak bulan merupakan salah satu aktiviti pencerapan astronomi yang berpanjangan. Rekod sejarah kajian kenampakan anak bulan, menunjukkan bagaimana ahli-ahli falak Islam sejak zaman dahulu telah menetapkan kriteria atau syarat kenampakan anak bulan berdasarkan kajian yang mereka jalankan dari semasa ke semasa.

TARIKH HARI RAYA PUASA (AIDILFITRI) 2018M-1439H TAHUN INI BAGI MALAYSIA

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2018 / 1439 – 1440H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa 1 Syawal 1439 Hijrah adalah bersamaan 15 Jun 2018 Masihi.

Sebagai makluman, tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 di Malaysia adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Syawal pada petang Khamis 14 Jun 2018 bersamaan 29 Ramadhan 1439H.

Icon lamanwebinfo
Tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri
PERKARA TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2018 / 1439-1440H MALAYSIA
Tarikh Hijri (1439)Tarikh Miladi (2018)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab14 AprilIsrak dan Mikraj
1 Ramadhan*17 MeiAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan2 JunNuzul Al-Quran
1 Syawal*15 JunHari Raya Puasa / AidilFitri
1 Zulhijjah13 OgosAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*22 OgosHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 144011 SeptemberAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiuawal 144020 NovemberMaulidur Rasul
Info Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.