Menu Atas

Kata-kata terkini dan pantun ucapan selamat hari raya Aidilfitri 2018 Malaysia

14:45 Laman Web Info

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 20 Mei 2018 jam 02:46 PM

Kedatangan Syawal se­me­mangnya dinantikan dengan begitu penuh sabar dan teruja oleh seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana kebiasaannya Aidilfitri di­sambut dengan penuh meriah oleh seluruh rakyat negara ini sebagai antara perayaan utama tanpa mengira agama dan kaum.

Inilah keistimewaan negara dan rakyat Malaysia yang walaupun berbeza agama dan bangsa tetapi boleh hidup dalam sebuah masyarakat majmuk yang bersatu dan boleh merayakan perayaan kaum lain secara bersama.

Semua boleh lihat dengan jelas orang India dan Cina mengunjungi rumah orang Melayu semasa Aidilfitri dan juga sebaliknya semasa sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali ataupun perayaan utama lain.

Senario seumpama ini membuktikan betapa rakyat Malaysia bersyukur dan meraikan segala nikmat kehidupan bersosial masyarakat majmuk yang terdiri daripada penduduk berlainan budaya dan gaya hidup. Ia juga telah menjadi nadi dan teras pembangunan dan kejayaan kita sekian lama.

Justeru sebagai rakyat yang bertanggungjawab setiap seorang daripada kita wajib untuk memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan apa yang kita miliki sekarang.

KOLEKSI TERKINI KATA-KATA, PANTUN DAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2018

Berikut merupakan koleksi terkini kata-kata ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018.

Icon lamanwebinfo
Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Terkini
KATA-KATA PANTUAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2018
Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.
Masak lomak cili api,
Campo dongan ! daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang teraniaya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Yang jauh itu Waktu,
Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang mudah itu Berbuat Dosa,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Maaf zahir dan batin.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Maaf zahir dan batin.