Ucapan selamat menyambut tahun baru 2019 Malaysia terkini

Kata-kata ucapan selamat tahun baru 2019 edisi Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 27 November 2018 jam 05:43 PM

Masa tidak menunggu kita. ia akan terus berlalu, oleh itu hari tepat pukul 12 malam tengah malam di akhir tahun 2018, penduduk Malaysia mahupun di dunia akan melangkah memasuki tahun baru 2019.

Sudah pasti pelbagai peristiwa telah berlaku dan dilalui sepanjang tahun 2018. Ada yang gembira, sedih dan tragis. Semuanya akan menjadi coretan dalam kehidupan masing-masing sepanjang 365 hari.

Sudah menjadi kelaziman tahun 2019 bakal disambut meriah dengan percikan bunga api dan acara keramaian bagi memeriahkan lagi suasana sambutan malam tahun baru.

Seperti lazimnya, kedatangan tahun baru seolah-olah tidak lengkap tanpa azam baru. Kalau ada azam baru, mesti lebih menarik bukan?

Tahun baharu berkait rapat dengan azam baharu. Sejurus selepas detik 12 tengah malam dan kegembiraan serta pesta bunga api berakhir, maka berkobarlah semangat masing-masing mahu menanam azam baharu.

Ada macam-macam jenis azam tahun baharu. Antara yang cukup popular ialah yang bujang mahu berkahwin, yang berisi mahu berdiet dan jaga badan , yang masih belum berpunya mahu mencari buah hati manakala yang tidak bahagia pula mahu mencari bahagia.

Bagaimanapun bukan semua orang mampu menyempurnakan hasrat tersebut. Kalau ada satu yang tertunai daripada puluhan azam yang disenaraikan pada awal tahun sudah dikira cemerlang. Ada yang hanya mampu bertahan sebulan sahaja, selepas tu azam entah ke mana atau ‘ke laut’ bahasa orang sekarang! Bagi yang lebih cekal dan dapat bertahan beberapa bulan atau sehingga setengah tahun pun sudah dikira baik.

Apa yang paling penting ialah ketahanan diri untuk menyelesaikan azam tersebut. Jangan mudah berputus asa hanya kerana ada cabaran atau kekangan kecil pada pertengahan jalan. Jika tidak ada orang lain mahu menyokong dan menjadi pendorong, jadikan diri sendiri sebagai pendorong.

Semua orang sedang berkobar-kobar menanti ketibaan tahun baharu 2019. Setiap orang masing-masing sudah bersedia dengan azam baharu. Tetapi sebelum menjelangnya ketibaan tahun baharu, semua orang pasti akan mendedikasi ucapan selamat tahun baru 2019 kepada yang tersayang mahupun sahabat handai.

Berikut Laman Web Info (LWI) serta ucapan selamat menyambut tahun baru 2019 yang boleh didedikasikan kepada mereka yang berkenaan.

TEKS UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2019 – MALAYSIA
Tiada Kata Yang Seindah Lantunan Syair,
Tiada Mutiara Yang Secantik Bidadari,
Tapi Hari Ini Lebih Dari Hari Sebelumnya,
Kerana Tak Lama Lagi Kita Akan Melewati Detik Pergantian,
Yang Sama-Sama Di Tunggu Oleh Jutaan Manusia Di Dunia,
Hanya Satu Yang Dapat Aku Lakukan Dan Berkata,
Selamat Tahun Baru 2019!
Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan,
Selamat Tahun Baru 2019.
Ucapkan Selamat Tinggal Pada 2018 Dan Selamat Datang 2019.
Semoga Tahun Ini Jauh Lebih Baik Dari Tahun Lalu,
Dan Harapan Bahawa Kita Selalu Menjadi Teman Yang Baik,
Selamat Tahun Baru 2018.
Harapan Tahun Baru Ini Kita Akan Memiliki Visi Baru,
Misi baru,
Hidup Baru,
Hari Baru Yang Akan Lebih Baik Dari Hari Semalam,
Selamat Tahun Baru 2019 Semua!
Semoga Damai Dan Kasih Allah Mengisi Setiap Hari Dalam Hidupmu,
Harap Anda Dan Keluarga Selamat Dan Bahagia,
Selamat Tahun Baru 2019.
Jiwa Akan Sepi Tanpa Teman,
Hati Akan Mati Tanpa Iman,
Hari Ini Adalah Kenyataan,
Semalam Adalah Kenangan,
Esok Adalah Impian,
Jadi, Sucikan Hati,
Jernihkan Fikiran,
Sambutlah Tahun Baru Dengan Keazaman Baharu.
Buka Hati Dapat Cinta,
Hulur Tangan Tanda Persahabatan,
Buka Mata Dapat Pemandangan.
Buka Smartphone Dapat Pesan,
Buka Pesan Dapat Ucapan,
Selamat Tahun Baru 2019.
Aku Senantiasa Berdoa Agar Kamu Mengalami Minggu Yang Manis,
Isnin Yang Bahagia,
Selasa Yang Menyenangkan,
Rabu Yang Penuh Kejayaan,
Khamis Yang Berkesan,
Jumaat Yang Menakjubkan,
Sabtu Yang Penuh Cinta,
Akhir Kata, Tahun Baru Yang Ceria Penuh Dengan Senyum Harapan.
Selamat Tahun Baru 2019.
Biarlah Bunga Jatuh Dari Tangkainya,
Biarlah Malam Berganti Pagi,
Dan Biarlah Tahun Yang Telah Berlalu,
Namun, Rasa Cinta Dan Sayang Padamu Takkan Sesekali Berganti Menjadi Benci,
Selamat Menyambut Tahun Baru…Sayang.
Pujukkan Hatimu Saat Malam Menghampir,
Pejamkan Mata Saat Mimpi Indah Menjelma Untukmu,
Sandarkan Hati Saat Rembulan Tersenyum Untukmu,
Buka Mata Saat Mentari Mulai Menyapa Dan Jalani Tahun Baru Dengan Penuh Harapan,
Semoga Tahun Baru Ini Lebih Bermakna Untukmu.
Esok Adalah Bagaikan Misteri,
Jangan Berhenti Berharap Meskipun Tahun Telah Berganti,
Kerana Itulah Yang Tetap Membuat Kita Sentiasa Tersenyum,
Selamat Tahun Baru 2019.
Sebentar Lagi Kita Akan Mendapat Sebuah Dairi Yang Masih Kosong,
Bermulalah Coretan Kita Diatasnya,
Diari Itu Berjudul Persahabatan Dan Bab Pertama Berjudul Selamat Tahun Baru,
Sahabat, Tahun Telah Berganti,
Maafkan Jika Aku Ada Salah Di Tahun Lama Ini,
Mari Kita Perbaiki Diri Pada Tahun Yang Baharu Ini,
Selamat Tahun baru 2019!
Waktu Terus Berlalu, Lembaran Demi Lembaran Telah Dilalui,
Coretan Demi Coretan Telah Memenuhi,
Kadang Tak Bererti, Kadang Tanpa Makna, Atau Hanya Sedikit Makna
Semoga Di tahun Ini Setiap Lembaran Memiliki Makna, Setiap Lembaran Bermanfaat,
Selamat Tahun Baru. Semoga Lebih Berjaya!
Matahari Menyelinap Dibalik Bukit,
Sembunyikan Kenangan Hidup,
Menyimpan Lembaran Usang, Menyambut Hari-Hari Muda,
Sebentar Lagi ‘kan Menjelang,
Selamat Datang Tahun Baru 2019,
Harapan Baru Dan Perubahan.