Keputusan UPSR 2018 dan PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

Tarikh semakan result UPSR secara online dan sms bulan November

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 29 November 2018 jam 09:37 AM

Semua calon-calon (murid / pelajar) yang telah menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2018 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan UPSR 2018 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan November 2018.

Setiap tahun, keputusan UPSR akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan November, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan UPSR akan diumumkan keluar pada bulan November.

Sebagai makluman, prestasi pelajar tidak lagi dinilai berdasarkan keputusan UPSR semata-mata kerana ia beralih kepada Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang merupakan satu laporan menyeluruh terhadap pelajar yang meliputi empat komponen utama dan bukannya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.

Empat komponen tersebut akan menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam sistem pendidikan negara ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Berikutan itu, semua pihak terutama ibu bapa perlu memahami bahawa bukan hanya mendapat A dalam semua peperiksaan yang diambil tetapi penilaian yang dibuat terhadap anak mereka meliputi pelbagai aspek supaya mereka dapat melihat keunikan yang ada pada pelajar terbabit.

Dalam pada itu, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan UPSR iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) serta pernyataan keputusan peperiksaan UPSR 2018 yang lengkap boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan UPSR dan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2018.

KEPUTUSAN UPSR 2018 DIUMUMKAN
TarikhJam
29 November 201810:00 Pagi
Info1Tarikh yang  dinyatakan adalah tepat berdasarkan pengumuman rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2018 SECARA ONLINE
Semakan keputusan UPSR 2018 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan di laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sila klik pada teks pautan di bawah.
Click Link 1Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR 2018 Secara Online
Peringatan Sistem aplikasi bagi semakan keputusan UPSR 2018 secara dalam talian (online) hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan nanti.
No 1 Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
No 2 Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh serta Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) boleh diperoleh di sekolah.
SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2018 SECARA SMS
Semakan keputusan UPSR 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN seterusnya SMS ke 15888
Contoh: UPSR AZ1211221 sms ke 15888
PELAPORAN PPSR DAN PERNYATAAN PENUH KEPUTUSAN UPSR 2018
Info
Melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
KENYATAAN MEDIA PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH 2018
Keputusan PPSR 2018